Jom travel bersama Perfect Italiano dengan nikmati keenakan menu keju inspirasi pelbagai negara. Limpahan Keju mewah pasti menambat selera. Enak Menarik Pasti Tertarik Bersama Perfect Italiano.
Kalau ada lebihan kentang di rumah, cubalah buat Kentang Sumbat Bakar Berkeju. Menu dari North America ini memang sedap. Lagi-lagi bila dimakan semasa panas. Ditambah pula dengan limpahan keju, memang menyelerakan. Makan satu tak cukup.
KENTANG SUMBAT BAKAR BERKEJU
BAHAN A:
4 biji ubi kentang Russet bersaiz besar | berus kulitnya
1/2 cawan air
BAHAN B:
2 sudu makan minyak zaitun
1/4 cawan daging kisar
1 sudu makan tepung jagung @ tepung gandum
1 biji bawang holland | dicincang
2 ulas bawang putih | dicincang
5 biji cendawan shiitake | dihiris nipis
1 sudu teh serbuk lada hitam kasar
1/2 sudu teh oregano
1/2 sudu teh basil | jika suka
Garam secukup rasa
BAHAN C:
1/4 cawan susu Fernleaf Full Cream UHT Milk
2 sudu makan Mentega Anchor (salted)
2 sudu makan English parsley | dicincang
Sedikit garam | jika perlu
BAHAN D:
Keju Mozzarella PERFECT ITALIANO
Keju Parmesan PERFECT ITALIANO
Cara membuat boleh lihat di dalam video. Selamat mencuba!