Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung bersama Sos Pencicah | Dapur Rasa...

Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung bersama Sos Pencicah | Dapur Rasa LIve

Menu Ikan Celup Tepung memang sedap. Selain ikan, boleh juga guna sotong atau udang. Hidangan yang ringkas dan membuka selera. Pernah tak korang cuba buat tetapi tak rangup macam kat kedai? Haa, ini dia pemilik Restoran Celup Tepung, Anis Taib nak kongsi cara buat Ikan, Sotong & Udang Celup Tepung bersama Sos Pencicah. Selamat mencuba!

RESIPI CELUP TEPUNG

BAHAN-BAHAN:
500g tepung beras
1 biji telur
1 sudu teh serbuk kunyit
1 susu teh Garam
450ml air

CARA PENYEDIAAN:
1. Campurkan semua bahan dan sedia untuk menggoreng.

RESIPI SOS PENCICAH (ANGGARAN DALAM 10 ORANG MAKAN)

BAHAN-BAHAN:
3 sudu cili boh
1 senduk asam jawa
2 keping Gula Melaka
2 gelas air

CARA PENYEDIAAN:
1. Campur semua bahan.
2. Masak atas dapur dengan api yang sederhana.
3. Biarkan sehingga pekat lebih kurang 1 jam.

#majalahrasa #rasashare #celuptepung #ikanceluptepung #udangceluptepung #sotongceluptepung #fblive #dapurrasa



Video Berkaitan