Daging Asam Kunyit Yang Mudah & Membuka Selera
Raya Haji nak dekat dah ni, boleh cuba buat Daging Asam Kunyit kalau dapat daging korban nanti. Menu yang sedap, pedas dan masam yang ngam dan memikat selera. Rugi tak cuba!
DAGING ASAM KUNYIT
Bahan-bahan:
½ kg daging | rebus hingga empuk
1 biji bawang besar | dihiris
5 ulas bawang putih | dihiris
1 inci halia | hiris
10 biji cili padi | dihiris, potong tengah jangan putus
1 kuntum bunga kantan
2 batang serai | diketuk
½ cawan air asam jawa | sederhana cair
¼ sudu makan garam
1 sudu kecil gula
Sedikit serbuk perasa
1 sudu besar serbuk kunyit
2 cawan air rebusan daging
Cara memasak boleh tonton di dalam video. Selamat mencuba!
#majalahrasa #rasashare #dagingasamkunyit #minitekspress #resipi #resepi #recipe #ingatmakaningatrasa
