Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Curry Mango Butter Chicken | DAPUR RASA LIVE BERSAMA SIS MAS

Curry Mango Butter Chicken | DAPUR RASA LIVE BERSAMA SIS MAS

DAPUR RASA LIVE BERSAMA SIS MAS & CHEF AMIR GHANI

CURRY MANGO BUTTER CHICKEN

BAHAN-BAHAN ( AYAM):
500gm dada ayam – dipotong dadu
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk kari
1 sudu kecil serbuk cili
Sedikit tepung jagung

BAHAN KUAH:
150gm mentega
1 ulas bawang merah besar – dicincang halus
5 ulas bawang putih – dicincang halus
5 tangkai cili padi thai (berwarna merah) – dihiris halus
3 tangkai daun kari
2 sudu besar serbuk kari
1 tin susu cair
6 sudu besar buah mangga yg dah dipotong dadu
Garam secukup rasa
Gula secukup rasa

CARA MEMASAK:
1. Gaul ayam bersama sedikit garam, serbuk kari, serbuk cili dan telur sehingga sebati.
2. Setelah itu gaul ayam tersebut bersama tepung jagung dan goreng sehingga masak
3. Untuk kuah, panaskan mentega. Tumis bawang merah , bawang putih, cili padi dan daun kari sehingga naik bau.
4. Selepas itu masukkan serbuk kari kacau sehingga sebati.
5. Masukkan susu cair dah didihkan sehinga sedikit pekat.
6. Perasakan garam dan gula dengan secukupnya.
7. Masukkan ayam yang telah di goreng.
8. Akhir sekali masukkan buah mangga yang telah didadu gaul sehingga mesra.
9. Siap untuk di hidang bersama nasi putih.



Video Berkaitan