Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Rasa kini berada di dalam aplikasi   
Home Asam Pedas Tetel

Asam Pedas Tetel

Teringin nak makan Asam Pedas Tetel sedap & padu macam dekat Melaka tu? Cuba resipi min kongsi ni. Dijamin puas hati. Guna BESTARI Serbuk Perencah Lada Hitam dan BESTARI Stok Ayam je. Mudah sangat masaknya. Bolehlah cuba sempena Aidiladha nanti.

ASAM PEDAS TETEL

BAHAN-BAHAN:

  • 500gm tetelan / daging tetel
  • 1 batang serai – diketuk
  • 1 sudu makan kerisik
  • 1 cawan air perahan asam jawa
  • 2 liter air
  • 2 biji tomato – belah 4
  • 3 helai daun limau purut – disiat
  • 1 sudu makan BESTARI Stok Ayam
  • Garam secukup rasa (jika perlu)
  • 1 sudu teh BESTARI Serbuk Perencah Lada Hitam

BAHAN KISAR HALUS:

  • 1 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 15 tangkai cili kering
  • 1 inci halia
  • 1 inci kunyit
  • 1 inci lengkuas
  • 1 sudu teh jintan manis
  • 1 sudu teh jintan putih
  • 1 sudu teh ketumbar

Tonton cara memasak dalam video di bawah ini. Selamat mencuba!

#RasaSeBestBestari #majalahrasa #rasashare #asampedastetel #resipi #recipe



Video Berkaitan