Vadai Yang Sedap & Ralit Bila Makan, Garing Di Luar Tetapi Gebu Di Dalam

Share

Kuih Vadai ni memang ramai peminat setianya. Selalu kita makan di restoran mamak je kan? Apa kata kali ini kita cuba buat sendiri je. Kalau anda sedang mencari resipi membuat Vadai yang sedap, garing di luar tetapi gebu di dalam, bolehlah cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Nur Masri

ini. Percayalah, sekejap je habis lepas hidang.

RESIPI VADAI

BAHAN-BAHAN:

1 cawan/250 gm kacang ulunthu
1 sudu makan jintan manis –BELI ONLINE
1 sudu makan tepung beras –BELI ONLINE
1 sudu teh baking soda –BELI ONLINE
1 biji bawang besar
2 biji cili hijau
2 biji cili kering –BELI ONLINE
Daun kari
Garam secukup rasa

CARA MEMBUAT:

1. Basuh  dan rendam kacang ulunthu semalaman/sekurang-kurangnya empat jam.

2. Toskan air dan kisar ulunthu dengan sedikit air sehingga halus ( jangan banyak air nanti susah nak bentukkan)

3. Bila kacang ulunthu halus, masukkan jintan manis kisar sekejap.

4. Masukan adunan yang dikisar ke dalam mangkuk. Masukkan tepung beras dan baking soda.

5. Letak adunan dalam peti sejuk supaya senang dibentuk. Sementara itu bolehlah potong bawang merah cili dan daun kari kecil-kecil.
Gaul sebati dengan adunan ulunthu. Masukkan garam secukup rasa.

 

6. Guna daun pisang atau plastik untuk membentuk vadai menjadi bentuk donut.
*Jika adunan cair, boleh tambah tepung beras sedikit demi sedikit.

7. Panaskan minyak dan goreng adunan yang telah siap dibentuk. Goreng hingga habis. Angkat dan toskan. Siap dihidang.

 

 

Sumber kredit: Nur Masri via Kongsi Resipi  Masakan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

 

IKLAN