Episod ke 8 Rasa Anak Emak Anak Bapak kali ni bersama selebriti cantik manis, Uyaina Arshad bersama ibunya, Puan Siti Noor Farah. Jarang sekali kita tonton aksi Uyaina bersama ibunya. Sekali pandang, persis kakak dan adik sahaja. Sangat terserlah keakraban di antara dua beranak ini.

Uyaina Kongsi Resipi Nasi Ayam Penyet Istimewa Yang Sedap & Paling Mudah Masak.

Ditugas untuk menyediakan sajian kegemaran ibu tercinta, ternyata Uyaina bersungguh-sungguh untuk melakukan yang terbaik walaupun sibuk dengan tugasan harian dan jadual yang padat. Tapi memang berbaloi. Lihatlah hasil masakannya. Memang membuka selera.

Nak cuba masak menu Nasi Nasi Ayam Penyet Sambal Bawang resipi Uyaina Arshad ni untuk keluarga tersayang? Resipinya ada di bawah ini. Selamat mencuba!

RESIPI NASI AYAM PENYET ISTIMEWA

Uyaina Kongsi Resipi Nasi Ayam Penyet Istimewa Yang Sedap & Paling Mudah Masak.

IKLAN

1. BAHAN AYAM PENYET:

1 ekor ayam bersaiz kecil
4 biji bawang merah – kisar
Sedikit halia – kisar
Sedikit lengkuas – kisar
Sedikit kunyit – kisar
1-2 batang serai – diketuk
2-3 helai daun salam
Air secukupnya
Minyak untuk menumis

BAHAN SALUTAN TEPUNG:
1 cawan tepung beras
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh jintan manis – ditumbuk
1 sudu teh jintan putih – ditumbuk
1 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa
Kiub pati ayam secukupnya
Sedikit lada hitam tumbuk
Air secukupnya

CARA MEMASAK:
1. Kisar bawang merah, bawang putih, sedikit halia, sedikit lengkuas dan sedikit kunyit.
2. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar bersama serai dan daun salam.
3. Bila dah wangi, masukkan ayam dan tuang air hingga ayam tenggelam.
4. Masukkan garam dan kiub pati ayam. Biar hingga ayam masak sepenuhnya. Angkat dan toskan air hingga kering.
5. Untuk menyediakan bancuhan tepung, satukan semua bahan dan kacau sebati.
6. Tuangkan air dan kacau bancuhan biar mendapat tekstur seperti santan pekat.
7. Ambil ayam yang telah ditoskan tadi, celupkan dalam bancuhan tepung dan goreng garing.

8. Bila dah masak, angkat dan lenyekkan menggunakan lesung.
9. Celupkan juga tauhu dan tempe yang telah dipotong. Goreng hingga garing.
10. Hidangkan ayam penyet bersama nasi putih panas, tempe, tauhu yang digoreng, kubis, kacang panjang dan sambal ayam penyet. Sedia untuk dihidangkan.

IKLAN

 

2. RESIPI SAMBAL

BAHAN-BAHAN:
Ikan bilis
Bawang merah
Cili padi
Cili merah
Tomato
Belacan bakar
Gula dan garam secukupnya
Jus limau nipis secukupnya
Sedikit gula melaka

CARA MEMASAK:
1. Goreng ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
2. Seterusnya goreng bawang merah hingga layu. Guna minyak sederhana sahaja dan jangan terlalu banyak.
3. Masukkan cili padi dan cili merah yang telah dipatah dua. Masukkan juga tomato yang telah dipotong empat. Masak sampai tomato layu. Angkat.
4. Masukkan bahan-bahan yang digoreng tadi dan juga belacan ke dalam blender. Tuang juga minyak gorengan tadi. Kisar sekejap sahaja (kisar kasar). Boleh juga ditumbuk untuk hasil sambal yang sedikit kasar.
5. Tuang kembali bahan kisar ke dalam kuali. Masukkan gula, garam dan jus limau nipis secukup rasa. Tambahkan juga sedikit gula melaka. Masak hingga pecah minyak.

6. Angkat dan hidangkan bersama ayam dan nasi.

IKLAN

INFO: Jumlah bahan sambal hanya perlu agak-agak ikut citarasa.

 

DI SEBALIK TABIR PENGAMBARAN

Uyaina Kongsi Resipi Nasi Ayam Penyet Istimewa Yang Sedap & Paling Mudah Masak. Uyaina Kongsi Resipi Nasi Ayam Penyet Istimewa Yang Sedap & Paling Mudah Masak. Uyaina Kongsi Resipi Nasi Ayam Penyet Istimewa Yang Sedap & Paling Mudah Masak. Uyaina Kongsi Resipi Nasi Ayam Penyet Istimewa Yang Sedap & Paling Mudah Masak.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI