Personaliti VIP yang Min temui kali ini adalah wanita dan usahawan butik pakaian Cindai dari Jitra, Kedah. Menariknya Muslimah bertubuh genit ini walaupun anak watan Kedah, namun seleranya cukup serasi dengan lauk pauk negeri Sembilan.
Bagi melazatkan lagi masak lemak cili padi, Datin AidaSuraini Ibrahim akan memasukkan daging atau ikan pekasam ke dalam lauk masakannya.
Bermula bulan lalu pakaian jenama Cindai ini telah pun berjaya menembusi jualan pakaiannya di pusat membeli belah terkenal Metrojaya. Bukan mudah produk Bumiputra nak ‘masuk’ dalam gedung ternama ini.
Namun dalam kesibukan perniagaannya, Datin Aidasuraini Ibrahim masih punya waktu memasak untuk suaminya Datuk Wan Ahmad Muazzam Wan Ismail dan dua anak bujangnya.
“Bila dah masukkan daging pekasam, Datuk suka juga makan masak lemak cili padi sebab ada rasa masam-masam sedikit dari daging ni. Biasanya saya beli dalam kuantiti yang lebih kerana ia boleh disimpan dan tahan lama dalam peti sejuk. Lebih istimewa daging pekasam buatan asli Kedah berjenama ‘Tanties’ ini adalah lebih lama tempoh menyimpannya rasanya menjadi lebih sedap,” ceritanya kepada RASA.
Kalau nak tahu lebih lanjut lagi teknik menggunakan pekasam dalam lauk, jangan lupa membeli majalah RASA keluaran Disember, dah ada dalam pasaran pun. Banyak lagi cerita menarik dari Datin ni…
Nah…ni min kongsikan 2 resipi darinya :
KUAH LEMAK CILI PADI DAGING PEKASAM
BAHAN-BAHAN :
Ads
200 gm@ sebungkus daging pekasam
4 biji bawang kecil
5 biji cili padi
1 biji kelapa | ambil santannya
1 sm kunyit hidup
15 ekor ikan bilis | ditumbuk *jika suka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK :
1. Tumbuk bawang kecil, cili padi dan kunyit hidup.
2. Kemudian didihkan adunan bawang ,cili padi dan kunyit tadi dengan sedikit air.
3. Selepas mendidih, masukkan santan.
4. Kemudian masukkan garam secukup rasa..Angkat selepas kuah mendidih.
5. Kemudian goreng daging pekasam.Selepas itu potong daging pekasam mengikut saiz dikehendaki.
6. Masukkan daging pekasam dalam mangkuk kemudian baru dituangkan kuah ke atasnya.
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 30 minit
Ads
Cara memasak : Didih dan reneh
Jenis masakan : Lauk utama
Keistimewaan :Mempunyai rasa pedas berlemak dan masam dari daging pekasam
Info :Daging pekasam dipotong selepas digoreng agar daging tidak pecah kala digoreng.Tumbuk 15- 20 ekor ikan bilis dan masukkan ke dalam kuah untuk rasa yang lebih lemak dan manis.
KACANG BOTOL GORENG BERLADA
BAHAN-BAHAN :
15 biji kacang botol
1 biji bawang besar
4 biji bawang kecil
2 ulas bawang putih
5 biji cili padi
1 biji cili merah | jika suka
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK.
1. Potong kacang botol kecil atau menyerong
Ads
2. Tumbuk bawang besar, merah dan putih dan cili padi sehingga lumat.
3. Tumis bahan bahan itu tadi dengan sedikit minyak.
4. Kemudian masukkan kacang botol dan masukkan garam dan kacau.Usah goreng lama.
5. Tutup api dan sajian siap dihidang
Saiz hidangan : 4 orang
Waktu memasak : 5-10 minit
Cara memasak : Kacau goreng
Jenis masakan : Sayuran ulam
Keistimewaan :Sayur ulaman yang rangup.
Info : Kacang botol bukan sahaja sayur ulaman yang berkhasiat ia juga baik untuk kesihatan dan tinggi serat membantu penghadaman.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Didatangkan dalam bentuk sejuk beku (frozen) dan kering, USA Highbush Blueberries sememanya terbaik. Ia bukan sahaja baik untuk cita rasa anda, tetapi juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.
Ia mengandungi serat, vitamin C, vitamin K dan mangan yang baik. Malah Blueberries juga mengandungi sejenis flavonoid yang dipanggil anthocyanin, yang bersifat antioksidan yang boleh membantu meningkatkan sistem imun badan. Kajian 2016 (1) juga menunjukkan bahawa flavonoid memainkan satu peranan penting dalam sistem pertahanan imun saluran pernafasan.
Khabar gembira buat yang sedang diet. Setiap hidangan blueberry hanya mengandungi 80 kalori sahaja. Ia mengandungi fiber yang sangat baik untuk mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan menjadikan buah ini salah satu makanan terbaik dan menyihatkan.
Bagusnya buah blueberry ni! Berikut adalah beberapa resipi yang anda boleh hasilkan secara homemade menggunakan buah ini. Jom cuba. Anda pasti kagum dengan rasa serta hasilnya.
BLUEBERRY OAT SMOOTHIE
BAHAN-BAHAN:
1⁄2 cawan rolled oats
2 cawan frozen blueberries
1 bekas (5.3 ounces) non-fat blueberry Greek yogurt
1 biji pisang
1⁄2 cawan air kelapa
2 sudu makan madu
CARA PENYEDIAAN:
Satukan semua bahan di dalam pengisar dan kisarkan selama 30 saat.
BLUEBERRY PARTY MIX
BAHAN-BAHAN:
1 cawan blueberry kering
1 cawan salted almonds
1 cawan cincangan dark cocholate
1 cawan pretzels
CARA PENYEDIAAN:
Gabungkan kesemua bahan dalam bekas kedap udara.
Lagi elok dihabiskan dalam masa seminggu.
BLUEBERRY JAM
BAHAN-BAHAN:
6 ½ cawan blueberries segar di cincang kasar
1 pek fruit pectin kurang gula
4 ½ cawan
1 sudu makan serbik halia atau 2 sudu tea kulit limau oren (optional)
SELAMAT MENCUBA!
Untuk maklumat lanjut tentang USA Blueberries dan resipi yang menarik menggunakan blueberries boleh layari laman webhttps://www.blueberrycouncil.org/
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Sarapan nasi goreng memang sedap. Lebih lagi, buat nasi goreng cabai tumbuk. Bahan-bahan pun menggunakan bahan yang ringkas sahaja, tapi hasilnya lagi sedap! Paling penting, bahan utama mesti ada cabai atau cili kering.
Menurut Farid Rashidiyang berkongsi resipi Nasi Goreng Cabai Tumbuk ini, meskipun ada pengisar, tapi tetap nak tumbuk bahan-bahan buat nasi goreng menggunakan lesung sebab rasanya lagi ummph!
Fuh! Tak cukup sepinggan bila makan dengan ikan goreng panas-panas. Jom kita buat.
Belajar cara membuat Matcha Latte Homemade ala kafe yang super sedap, mudah dan jimat. Resipi lengkap dengan langkah ringkas untuk hasil pekat, creamy dan memuaskan!