
Kata orang kalau makan hati atau sakit hati boleh memudaratkan kesihatan. Tapi kalau makan Hati lembu , pasti merangsang selera dan menceriakan semangat kan. Sudah diuji di dapur RASA, keenakannya tak tertanding hingga boleh menjilat jari.
Hati lembu kalau dimasak sedapnya memang tak terkatalah. Basuh dan buang lendir hati lembu, tos betul-betul dan masukkan tepung gandum dan biarkan perap sekejap, InyaAllah boleh menghilangkan baunya. Jom semak resipi Hati Lembu Masak Pengantin yang dikongsikan Ida Zairi ini.
HATI LEMBU MASAK PENGANTIN
BAHAN-BAHAN :
500gm hati lembu | basuh tiga hingga empat kali, masuk tepung sekejap
Bahan kisar :
3 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Bahan lain:
rempah empat sekawan | 2 pelaga, 1/2 in kayu manis, 1/2 bunga lawang dan 2 cengkih
1 sudu besar pes cili/kisar | opsyenal
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap manis
1 sudu kecil serbuk lada hitam
Garam secukup rasa
Garam masala secukup rasa | opsyen
Sedikit air
100gm kacang buncis | jika suka
Bahan hiasan :
Cili merah | dihiris
Daun bawang | dihiris
Bawang besar | dipotong bulat
CARA MEMASAK :
1. Gaulkan hati lembu dengan sedikit garam dan serbuk kunyit.
2. Panaskan minyak dan goreng sekejap
3. Angkat dan toskan, ketepikan
4. Panaskan minyak, dan tumiskan bahan kisar bersama rempah empat sekawan. Biar sampai naik baunya.
5. Masukkan cili kisar, masak sekejap sampai pecah minyak.
6. Masukkan sos tiram, kicap serbuk lada hitam, biar masak sekejap.
7. Masukkan air dan hati lembu. Kemudian masukkan kacang buncis dan bawang hiris yang dipotong bulat.
8. Tunggu masak dan taburkan bahan hiasan.
Kredit Resipi : ida zairi
ANDA MUNGKIN JUGA SEDANG MENCARI PRESSURE COOKER YANG TERKINI, JOM LAYARI DI SINI BANYAK PILIHAN MENARIK MENANTI.
JOM LIHAT VIDEO MASAKAN INI :
DAN JUGA RESIPI INI :
Bukan Sekadar Daging Bahagian Organ Lain Gerenti Laris Dibuat Lauk
5 Kek Hebat Dari Dill Cakes, Gebu & Sedap Berasaskan Buah-Buahan

Buah-buahan antara ramuan istimewa melazatkan kek anda . Selain buah-buahan citrus dan beri, buah-buah tempatan seperti nenas dan durian juga tidak kurang hebat rasanya.
Pemilik kedai Dill Cakes dari, Apartment Sri Nuang, Taman Bukit Bandaraya Shah Alam Fadzil Md Salleh sudi berkongsi 5 jenis kek buah-buahan yang sungguh enak ini. Cubalah, ya

1. KEK BUAH PRUN
BAHAN-BAHAN :
- 200 gm prun yang dibuang biji | rebus prun hancur dan sejukkan
- 1 cawan air
- 1 cawan gula hangus @ karamel
- 8 biji telur
- 340 gm gula kastor
- 340 gm tepung naik sendiri | diayak
- 1 ½ buku mentega
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dan gula hingga kembang.
2. Masukkan telur sebiji sebiji dan putar perlahan hingga kembang.
3. Masukkan prun yang dihancurkan tadi dan putar lagi.
4. Kemudian masukkan pula gula hangus @ karamel dan kacau rata
5. Masukkan tepung dan kacau rata.
6. Masukkan di dalam tin pembakar berukuran 25 sm x 25 sm yang telah digriskan dengan mentega dan ditabur dengan sedikit tepung.
7. Panaskan oven dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius (api atas bawah). Bakar selama 60 minit atau sampai masak bergantung kpd oven masingmasing.
Saiz hidangan: 1 tin pembakar empat segi (25 sm x 25 sm)
Waktu memasak: 1 jam
Keistimewaan: Rasa buah prun yang hebat
INFO :Kek ini menjadi lebih sedap lagi jika disimpan semalaman dalam peti sejuk. Jika suka hiaskan dengan butter cream dan hirisan buah prun.
2.KEK NANAS TERBALIK
BAHAN-BAHAN :
- 8 biji telur
- 425 gm gula perang
- 1 ½ buku mentega
- 1 kg tepung naik sendiri | diayak
- 1 tin nenas keping | kisar 2 keping nanas dengan air yang dalam tin
Sedikit ceri merah hiasan :
CARA MEMASAK :
1. Putar mentega dengan gula sampai kembang.
2. Masukkan tepung dan telur sebiji demi sebiji sampai kembang.
3. Masukkan mentega dan putar dengan kelajuan perlahan sampai rata.
4. Masukkan nanas yang telah dikisar tadi dan kacau rata.
5. Masukkan tepung dan kacau rata. Masukkan tepung beransur.
6. Masukkan dalam loyang bulat yang sudah digriskan dengan mentega dan ditabur sedikit tepung, bersaiz 28 sm
7. Panaskan oven pada suhu 160 darjah celcius, dan bakar selama 30 – 40 minit, sehingga kek masak.
Saiz hidangan: 1 loyang bulat bersaiz 28 sm
Waktu memasak: 40 minit
Keistimewaan: Kek nanas dengan bahan yang ringkas, rasa nanas masam manis
INFO : Kek yang tahan lama dan sedap dimakan ‘plain’ tanpa hiasan krim.
3.KEK KEJU KIWI
BAHAN-BAHAN :
- 1 kg krim keju
- 2/3 tin susu pekat
- 1 cawan krim putar @ whipping cream
- 1 sudu teh esen vanilla
- 5 sudu makan pai kiwi ‘filling’ (boleh didapati dari kedai kek)
Bahan dasar kerak :
- 250gm biskut marie | dihancurkan
- 125gm mentega | dicairkan
Bahan topping @ permukaan :
- 1 sudu teh serbuk gelatin
- 30 ml air30ml air
- 150 gm kiwi pie filling @ inti pai kiwi
CARA MEMASAK :
Dasar kerak :
1. Hancurkan biskut marie, kemudian cairkan mentega. Gaulkan biskut yang telah hancur dengan mentega yang telah dicairkan.
2. Letakkan adunan dalam loyang bulat saiz 25 sm
3. Tekan adunan supaya padat. Masukkan sebentar dalam peti sejuk agar dasarnya lebih padu.
Krim keju :
4. Keluarkan krim keju 20 – 30 minit sebelum digunakan.
5. Putar krim keju dan susu serta whipping cream sehingga sebati.
6. Masukkan sedikit pai kiwi dan gaulkan.
7. Tuangkan adunan ke dalam berisi biskut tadi.
8. Panaskan oven dan bakar pada suhu 170 darjah celcius selama 2 ½ jam.
9. Keluarkan dan bila sejuk, masukkan dalam peti sejuk selama 3-4 jam supaya kek benar-benar sejuk untuk dikeluarkan dari loyang pembakar.
10. Hias atas kek dengan kiwi pie dan hirisan buah kiwi mengikut kreativiti anda
Hiasan permukaan /topping :
10. Campurkan gelatin dengan air dan panaskan sebentar sebentar supaya gelatin tadi larut. Selepas itu masukkan kiwi pai filling, kacau. Sedia untuk disapukan atas kek.
Saiz hidangan: 1 loyang pembakar bulat bersaiz 25.4 sm
Waktu memasak: 3 jam
Cara Memasak : Bakar dengan teknik ‘water bath’
Keistimewaan: Kek keju berkrim dengan rasa kiwi asli
INFO :Sedap dimakan sejuk-sejuk dari peti ais. Keluarkan kek dari Loyang pembakar, hanya selepas ia disimpan lebih dari 4 jam dan benar-benar sejuk.
4. KEK BUTTER VANILLA STRAWBERI
BAHAN-BAHAN:
- 120 gm gula kastor*
- 10 gm ovalet*
- 4 biji telur gred A
- 130 gm tepung superfine / tepung kek*
- 1 sudu teh serbuk penaik*
- 40 ml air
- 60 gm minyak jagung / mentega cair
- 1 sudu makan strawberi emulco
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental dan campurkan sedikit jem strawberi)
CARA MEMASAK :
1. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius. Siapkan loyang bulat 23 sm, griskan dengan mentega dan alas dengan baking paper.
2. Satukan semua bahan bertanda * dalam mangkuk sederhana besar.
3. Menggunakan mesin pengadun, putar sehingga kembang dan gebu.
4. Masukkan strawberi emulco dan air, putar lagi hingga sebati.
5. Masukkan minyak jagung/mentega cair, Gaulkan hingga sebati.
6. Tuangkan adunan ke dalam loyang pembakar .
7. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celcius dan bakar selama 45 min.
8. Selepas kek sejuk boleh sapu dengan frosting fresh cream yang telah diputar.
9. Bahagikan kek kepada 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream di antaranya. Sapukan ‘fresh cream’ di atas dan keliling kek dan indahkan dengan hirisan buah strawberi.
Saiz hidangan : 1 loyang bulat bersaiz 23 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa strawberi dan gebu berkrim
INFO : Goncang kotak fresh cream sebelum dituang ke dalam mangkuk mixer. Ini kerana ketika ia dinyahbekukan, kemungkinan kandungan krim dan air yang terdapat di dalamnya telah terpisah . Jika terus tuang anda mungkin hanya menuang airnya dan krimnya tertinggal di dalam.
5. KEK MARBLE DURIAN
BAHAN-BAHANNYA:
- 425 gm gula kastor
- 3 cawan tepung naik sendiri | diayak
- 8 biji telur
- 1 1/2 buku mentega | cairkan dalam suhu bilik
- 1 cawan isi durian
Beberapa titik pewarna ikut suka
Bahan krim frosting:
* (Putar satu kotak fresh cream dengan mixer. Putar sehingga ia lembut dan kental
Campurkan satu cawan durian
CARA MEMASAK :
1. Putar putih telur hingga kembang. Masukkan pula gula dan putar hingga kembang dan pekat.
2. Masukkan pula kuning telur sebiji demi sebiji dan putar perlahan hingga naik kembang.
3. Masukkan mentega dan putar hingga rata.
4. Masukkan pula durian dan putar lagi.
5. Kemudian masukkan tepung dan gaul rata.
6. Asingkan adunan ikut warna yang disukai.
7. Tuang selang seli dalam loyang pembakar yang sudah digriskan dengan mentega untuk jadikan corak marble.
8. Panaskan oven dan dan bakar dalam suhu 160 darjah celcius 40 minit atau sehingga masak.
9. Apabila kek sejuk, potong menjadi 3 lapisan dan lapiskan dengan fresh cream yang telah dicampurkan durian.
10. Letakkan sedikit isi durian sebagai hiasan.
Saiz hidangan : 1 tin pembakar segi empat saiz 17.8 sm x 17.8 sm
Waktu memasak: 45 minit
Keistimewaan : Rasa dan aroma durian yang enak, sedap dimakan ‘plain’ sahaja.
INFO : Pastikan durian segar digunakan untuk mengelak rasa masam pada kek. Jika ingin kek tahan lama masak durian dengan sedikit gula sehingga menjadi pes.
TERIMA KASIH : DILL CAKES, APARTMENT SRI NUANG, JLN GUNUNG NUANG
U 11/37, TAMAN BUKIT BANDARAYA, SHAH ALAM. FB / IG:fadzilmdsalleh. http://dill-cakes.blogspot.com
Kek Minyak Perisa Oren Legend Memang Harum Dan Sedap. Cubalah!

Penggemar oren pasti suka dengan Kek Minyak Sunquick ni, perisa orennya sangat wangi dan sedap. Untuk yang berminat nak cuba boleh la buat untuk minum petang atau makan dihujung minggu. Selamat mencuba!
Kek Minyak Sunquick
BAHAN-BAHAN:
- 5 biji telur gred A
- 2 cawan tepung kek
- 1 sudu besar ovelet
- 1 cawan susu pekat
- 1/2 cawan minyak
- 1/2 cawan pati sunquick
- 1/2 cawan gula aising
- Pewarna oren
- Air secukupnya
CARA-CARA:
1.Pukul telur bersama gula smpai kembang.
2.Kemudian, masukkn ovelet dan susu pekat. Pukul lagi.
3.Selepas itu, masukkan pati sunquick, diikuti tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi.
4.Seterusnya, kaup balik adunan tadi, selepas sebati,masukkan pula minyak dan kacau rata.
5.Bahagikan adunan tersebut kepada 2 bahagian, satu bahagian diwarnakan warna oren dan satu lagi tidak perlu diwarnakan.
6.Oleskan sedikit minyak pada acuan/loyang.
7.Panaskan kukusan, apabila air telah mendidih, masukkan adunan berselang seli warna, dan kukus hingga kek masak.
Kongsi resipi: Resepi Kek Sedap
CUBA JUGA RESIPI KEK SEDAP INI:
Tak Telan Dek Zaman! Kek Chiffon Labu Homemade Memang Sedap Sangat!
Resipi Kek Keju 3 Bahan Ni Dapat Share Hampir 18 Ribu Di FB. Terlajak Mudah! Patutlah Ramai Cuba.
Tak Ada Oven Atau Pengukus, Kek Marble Ni Guna Kuali Leper. Elok Jer!
Pembuka Selera, 5 Jenis Sambal Belacan Boleh Bikin Orang Panas!

Wow! Sambal belacan penyedap rasa dan pembuka selera. Pelbagai jenis sambal belacan yang kita pernah jumpa dan rasa tapi 5 jenis sambal ni boleh jadi gaduh kalau mintak tak dapat tau! Rasa berkongsi resipi dengan peminat tegar Sambal Belacan dari yang paling mudah… Jom buat!
Nun Jim Mim Ya Hari ni abam nak share resepi sambal belachan dekat kedai2 tomyam..kadang2 time makan menambah – pulak sambalnya minta kat mek siam tu..ni pun tukang masak dari siam yg bagi resepinya..
Bahan-Bahan:
- 2 biji bawang holand (saiz besar)
- 3 biji buah tomato (saiz kecil)
- Cili segenggam
- Cili kering 7-10 tangkai (direbus dan blend dahulu)
- Belachan 60grm
- Gula 6 sudu
- Garam 1 sudu
- Aji 1 sudu
- Sos tiram (puteri) 1 sudu
- Air limau nipis 6 sudu
Cara-cara:
- sudu plastik merah tu guna yg sama sukatn
- masukkan semua bahan.. letak air panas, jgn penuh sgt… kemudian blend sekejap sekejap
- tips sikit…cili masuk atas sekali supaya masa blend dia kurang hancur sgt.nampak kasar2 kalau buat rencah nasi goreng nampak cantik..ok itu saja..
Kongsi resipi: Nun Jim Mim Ya
Rahsia resipi sambal belacan Thai adalah daun ketumbar, limau nipis dan sos nampla.
2. SAMBAL BELACAN THAI
- *3 ulas bawang merah (bawang kecik)
- *2 ulas bawang putih
- *1 inci belacan
- Cili padi Thai merah dan hijau
- 1 sudu besar gula
- Sepohon ketumbar
- 1 sudu besar jus limau nipis
- 1 sudu besar nampla (sos ikan)
CARA MEMASAK:
- Bahan bertanda* cucuk lidi/garpu, salai atas dapur dengan kulit smpai layu. Selepas itu kupas kulit.
- Guna lesung, tumbuk cili padi Thai merah dan hijau.
- Masukkan bahan salai dan tumbuk bersama gula.
- Masuk sepohon ketumbar bersama akarnya sekali. Tumbuk lagi.
- Akhir sekali masukkan jus limau nipis & nampla. Kacau rata dan siap.
INFO: Lagi sedap makan dengan jering, pucuk ubi rebus dan ulaman yang lain.
Kredit resipi dan gambar: Yuss Aisya
3. SAMBAL BELACAN MASAK
BAHAN-BAHAN:
- Bawang merah
- Cili merah
- Cili padi
- Belacan
CARA MEMASAK:
1. Gorengkan bahan-bahan sekejap.
2. Angkat dan tumbuk kasar.
3. Panaskan sedikit minyak dan gorengkan bahan yang ditumbuk tadi. Masuk satu sudu gula dan sedikit garam. Masakkan sehingga kering.
Kredit resipi dan gambar: Siti Nur Sahida Ibrahim
4. SAMBAL BELACAN BLENDER
Sambal belacan goreng versi yang sangat mudah hanya perlu di blender.
BAHAN-BAHAN
- 2 batang cili merah
- 10 batang cili padi
- 1 biji bawah merah
- 1 biji tomato
- 1 inci belacan bakar
- 1 sudu gula
- suku cawan minyak
CARA MEMASAK:
1. Potong bawang, tomato dan cili. Basuh semua dan toskan. Campak semua kecuali gula dalam kuali dengan minyak panas.
2. Tutup sekejap sebab masa ini akan meletop-letop. Goreng sekejap sampai bawang dan tomato layu/bertukar warna.
3. Sudah senyap tidak meletop itu cuba buka penutupnya. Nampak sudah bertukar warna dari yang tadi. Boleh matikan api.
4. Masukkan semua bahan tadi blender. Senang kisar tapi kalau rajin boleh.
5. Sebelum kisar masukkan dulu minyak baki goreng tadi. Ini untuk mudahkan proses mengisar. Agak-agak berapa banyak perlu masuk.
6. Jangan lupa tambahkan sesudu gula. Kisar sampai halus.
INFO:
- Jika suka rasa masam boleh perahkan limau ikut citarasa anda.
- Sambal boleh pencicah ayam goreng , ikan masin atau makan bersama lauk pauk yang lain.
Kredit resipi dan gambar: Nisa Delivery
5. RESIPI SAMBAL BELACAN MANGGA KENCUR
BAHAN-BAHAN:
- 15 biji cili padi
- 4 biji cili merah
- 4 ulas bawang merah – hiris
- 1 ulas bawang putih – hiris
- 1 cm kencur @ cekur – hiris
- 4 buah tomato – dadu
- 1 biji mangga muda – parut
- Sedikit belacan
- Garam dan gula secukup rasa
CARA MEMASAK:
- Tumbuk kasar cili padi, cili merah, bawang merah, bawang putih, kencur, tomato dan belacan.
- Kemudian masukkan parutan mangga, garam dan gula secukup rasa.
- Gaul rata dan sedia dihidangkan.
Boleh juga cuba resipi Sambal Totok ni!
Resipi Sambal Totok Jawa Pedas Berapi. Tumbuk-Tumbuk Je Dah Siap!