Universiti Taylor’s Tawar Pusat Pengajian Seni Kulinari & Makanan Taraf Dunia…

Share

Perkarangan dan lanskap di Universiti Taylor’s sungguh hebat sekali. Seni bina bangunan universiti sungguh ‘wow’, macam berada di universiti luar negara. Ada tasik indah, dan laman yang cukup luas. Yang best bidang kulinari ditawarkan sampai ke peringkat Ijazana Sarjana dan Doktor Falsafah.

Pusat Pengajian Seni Kulinari dan Pengajian Makanan adalah sebahagian daripada Fakulti Pengurusan Hospitaliti, Kulinari dan Pelancongan, Universiti Taylor’s, yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Ia telah ditubuhkan lebih 30 tahun yang lalu pada tahun 1986 dengan kerjasama University of Toulouse- Jean Jaurès, yang merupakan universiti kedua tertua dan terbesar di Perancis.

Program yang ditawarkan adalah Diploma in Culinary Arts,Advanced Diploma in Patisserie and Gastronomic Cuisine, Bachelor of Culinary Management (Hons), Bachelor of Science (Hons)(culinology) dan Master of Philosophy (Food Studies).

Tenaga pengajar terdiri daripada Chef yang berpengalaman dan pensyarah yang aktif dalam penyelidikan berasaskan makanan dan teknologi makanan. Universiti Taylor’s adalah satu-satunya universiti di luar Amerika Syarikat yang menawarkan ijazah dalam bidang Culinology®, yang menggabungkan seni masakan, sains makanan dan teknologi makanan.

.Pusat Pengajian Seni Kulinari dan Pengajian Makanan juga memberi kepentingan menghantar pelajar kulinarinya untuk membuat latihan praktikal di restoran-restoran bertaraf Michelin Star di seluruh dunia.

Ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk belajar di bawah bimbingan Chef bertaraf Michelin Star. Setakat ini, Taylor’s telah menghantar pelajar-pelajarnya ke restoran bertaraf Michelin Star di Perancis, Itali, Sepanyol dan Amerika Syarikat.

Pusat Pengajian Seni Kulinari dan Pengajian Makanan menawarkan fasiliti bertaraf dunia dengan mempunyai 10 Culinary Suites yang terdiri daripada :
Makmal kulinari dan makmal pastri
1 garde manger kitchen
1 artist kitchen & Chocolate room
Manifestation – Culinary Bar Theatre
Makmal R&D, bilik analitikal, makmal pemprosesan & makmal sensori
Makmal Penyelidikan Makanan & Pemakanan


Pusat Pengeluaran Komersial Cook-Chill
Makmal Kimia dan Sains Makanan
9 Restoran yang terdiri daripada:
3 restoran fine dining
3 restoran latihan khusus
1 restoran Asia
1 restoran lifestyle
1 restoran pelbagai perkhidmatan (multi service)

Nama institusi : Universiti Taylor’s, Subang Jaya, Selangor

https://college.taylors.edu.my/about-taylors/contact-us

IKLAN