Uncang Teh Sudah DiGuna, Beri ‘Keajaiban’ Pada Tanaman.

Share

Kita biasanya akan membuang uncang teh selepas digunakan untuk membuat teh. Kan membazir tu, sebenarnya uncang teh itu boleh dikitar semula untuk menyuburkan hasil tanaman. Kebun sayuran dan bunga anda pasti mengalami perbezaan menakjubkan selepas ini.


.

Uncang teh boleh membawa ‘keajaiban’ di kebun

bunga dan sayuran anda.


1. Bercambah Biji Benih



.

Untuk menghidupkan pelbagai jenis tanaman memang sangat mencabar. Sebab utama adalah kebanyakan biji benih sukar dan kadang kala tidak bercambah walaupun anda sudah menyemainya dan menjaganya dengan teliti dan penuh ‘kasih sayang’.

Inilah cara mudah untuk mengubah kebun anda menjadi ‘syurga’ tanaman iaitu dengan menanamkan uncang teh yang sudah diguna ke dalam tanah.

2. Nutrisi Tambahan



.

Menambahkan uncang teh di tanah kebun anda, akan memberikan tanaman nutrisi tambahan kepadanya. Uncang itu sendiri dibuat daripada fiber sejenis pokok. Teh di dalamnya mudah terlarut di dalam tanah dan menerbitkan persekitaran sihat untuk bunga dan sayur untuk tumbuh.

3. Makhluk Perosak Tanaman



.

Uncang teh juga mampu menjauhkan pokok dan tanaman daripada gangguan makhluk perosak tanaman seperti serangga dan tikus. Uncang teh terpaai dan juga serbuk kopi boleh membantu menjauhkan makhluk perosak daripada pokok bunga dan tanaman anda.

Baunya boleh membantu menghalaunya daripada merosakkan tanaman anda.

Sumber : Tips and Tricks.co/home and garden

INGIN MEMBELI TEH BERMUTU, JOM LAYARI DI SINI

 

ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN RESIPI DAN PETUA INI :

ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN VIDEO INI “

 

 

 

IKLAN