Ulundu Vadai, Perang Rangup Di Luar. Putih Lembut Di Dalamnya.

Share

Ulundu adalah sejenis kacang dhal yang beza dengan kacang dhal yang selalu kita lihat. Ulundu vadai ada campuran tepung beras dan dibentuk seakan donat. Selamat mencuba.

ULUNDU VADAI

BAHAN-BAHAN:

  • 1⅓ cawan @ 240 gm kacang dhal ulundhu
  • 1 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 8-10 helai daun kari
  • 1 biji bawang besar
  • 4 biji cili hijau dicincang
  • 3 biji cili merah dicincang
  • 2 tangkai cili kering digunting halus ( jika ingin pedas jika tak nak pedas cili kering abaikan )
  • 3 sudu besar air panas
  • Garam secukup rasa
  • Minyak untuk goreng

CARA MEMASAK:

1. Basuh bersih kacang dhal dan rendam selama 4 jam atau sehingga lembut.
2. Kemudian kisar sehingga halus menjadi seperti pes.
3. Satukan pes kacang dhal tadi bersama bahan cincang, daun kari, tepung beras, soda bikarbonat dan garam dalam mangkuk adunan. Uli sehingga sebati dan masukkan air panas sedikit demi sedikit. Teruskan uli.
4. Kepal-kepalkan dan bentukkan bulat-buatkan lubang kecil ditengah-tengahnya. Lakukan sehingga selesai.
5. Panaskan minyak dan goreng terendam sehingga doh bewarna kuning keemasan, angkat dan toskan miyak.

IKLAN