Udang Masak Merah Madu Ni, Pasti Laku Keras Bila Dihidang

Share

Udang boleh dipelbagaikan masakannya. Selain digoreng biasa, menu berkuah seperti udang masak merah madu ni sedap rasanya. Ada rasa masam, manis dan pedas. Nak special lagi boleh gandingkan dengan nasi minyak. Tetamu datang bolehlah jamu lauk ni, pasti ramai yang suka.

UDANG MASAK MERAH MADU

Bahan-bahan:

500gram udang (saiz sederhana)

1 biji bawang besar (dipotong bulat)

1 sudu besar kismis

2 sudu besar madu

1 sudu besar gula putih

2 sudu besar sos tomato-beli online di sini

2 sudu besar sos cili-beli online di sini

1 sudu besar sos tiram-beli online di sini

Serbuk perasa@garam (jika perlu)

Bahan kisar:

10-15 batang cili kering (direbus atau direndam air panas dan toskan)-beli online di sini

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

2 cm halia

2 batang serai

CARA MEMASAK:

1.Panaskan minyak, masukkan udang dan gorengkan sehingga udang masak. (Angkat dan ketepikan)

2.Gunakan minyak yang sama, tumis cili yang telah dikisar tadi sehingga pecah minyak.

3.Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram,kismis,madu dan gula . Gaulkan kesemuanya dan masakkan seketika.

4.Masukkan bawang dan udang yang digoreng tadi.Gaulkan sehingga rata dan sebati .

5.Angkat dan siap untuk dihidang.

Kredit: Nurul Ateekah

 

IKLAN