Udang Masak Masala, Wangi Rempahnya Memang Berselera Makan

Share

Menu ni kalau ke kedai nasi kandar kadang harganya kayangan juga. Tapi sebab sedap punya pasal bedal juga, kadang tak cukup seekor udang. Sebaiknya masak sendiri baru puas makan. Sedap yaamat rasa kemanisan udang bersama bawang serta wangi rempah tu buatkan berselera makan tak sedar boleh bertambah nasi.

Udang Masak Masala

Bahan-bahan:
10-15 ekor udang- cuci bersih
Daun ketumbar -potong halus
5 tangkai cili padi -potong kasar
3 biji tomato- potong halus


3 biji bawang besar -potong mayang
(jika suka pedas boleh lebihkan cili padi)

Bancuh rempah dengan bahan berikut:
2 sudu makan rempah ikan
2 sudu makan serbuk ketumbar
2 sudu makan serbuk jintan putih
1 sudu makan serbuk jintan manis
1 sudu makan serbuk kunyit
2 cawan air

¾ cawan minyak masak

Cara memasak:

1.Panaskan minyak.

2.Bila minyak sudah panas tumis bawang besar sehingga betul-betul layu. Masakan ini memang perlukan bawang yang banyak, baru rasa kemanisan masakannya.

3.Pastikan bawang sudah layu, masukkan bahan bancuhan rempah.


4.Masukkan cili potong.


5.Juga masukkan tomato yang telah dipotong halus.


6.Kacau sebati hingga rempah pecah minyak. Kena rajin kacau  supaya rempah tak hangit.PENTING. Kena masak rempah ini sehingga betul-betul masak. Anggaran dalam 10-15 minit pecah minyak. Kalau rempah tak masak elok memang rasa lain bila makan nanti. Kena rajin kacau supaya rempah tak berbau hangit.


7.Bila rempah sudah betul-betul masak masukkan santan cair.


8.Kacau bagi santan sebati dengan rempah.

9. Perasakan dengan garam secukup rasa.


10.Bila bahan rempah dah sebati elok, terus masukkan udang yang telah dicuci bersih tadi.

11.Kacau perlahan, biar rempah sebati meresap dalam udang. Masa ni nampak kuah sedikit cair sebab air udang sudah keluar. Masakan ini kuahnya tidak terlalu pekat.

12.Bila udang sudah masak, taburkan daun ketumbar, kacau sekilas dua dah boleh tutup api. Masa ni jangan masak terlalu lama pula nanti udang jadi keras.

Selamat menjamu selera.

Kredit: Mohd Rozmie

IKLAN