Kalau anda mencari masakan yang ringkas tapi sedap, wajib cuba Udang Butter Garlic ni. Hidangan ini menggabungkan rasa lemak mentega, pedas cili padi dan wangi daun kari yang buat orang terliur. Paling best, tak perlu bahan pelik-pelik tapi rasa dia memang ‘wow’! Jom cuba.
UDANG BUTTER GARLIC


Bahan-bahan:
- 500gm udang | dibersihkan, dibuang kepala
- Tepung tempura secukupnya
- Air | untuk celup udang
- 3 sudu besar mentega
- 10 biji cili padi | dihiris
- 7 ulas bawang putih | dicincang
- 3 tangkai daun kari
- 1 sudu kecil serbuk lada hitam
Cara Memasak:
- Gaul udang dengan tepung, celupkan dengan air dan celupkan semula ke dalam tepung. Kemudian goreng hingga udang keperangan dan toskan.
- Cairkan mentega, kemudian tumis cili padi, bawang putih serta daun kari. Tumis hingga naik bau.
- Masukkan garam dan serbuk lada hitam. Kacau rata.
- Akhir sekali, masukkan udang yang telah siap digoreng tadi. Gaul hingga sebati.
- Udang Butter Garlic sedia untuk dihidangkan.
TONTON VIDEO PENUH DI SINI:
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:
Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official: