Ubah Selera Anak Dengan Penkek Bersaiz Mini Ni

Share

Biasa hidangkan anak dengan pancake bersaiz biasa anak-anak berebut makan. Tambah pula di atasnya di letakkan strawberi dan madu, tambah enak rasanya.Jika dah bosan dengan pancake biasa, cuba buat saiz lebih kecil begini, gerenti anak-anak teruja makan. Boleh cuba buat “Superdaddy Cereal Pancake” yang mudah ini perkongsian Khairul Abdullah

.

SUPERDADDY CEREAL PANCAKE

 Bahan-bahan:

1 cawan tepung gandum.

1 cawan susu segar/full cream/low fat atau apa sahaja

1 sudu gula

1 sudu kecil garam

1 sudu besar baking powder

1 biji telur

2 sudu butter yang telah dicairkan

1 sudu kecil esen vanilla jika ada

Cara membuat:

  1. Campur semua bahan dan kacau sebati. Masukkan dalam botol bermuncung atau ziplock dan gunting lubang kecil.

  1. Panaskan kuali non-stick dengan api paling kecil.
  2. Picit dan titikkan bancuhan ke dalam kuali ikut saiz yang disukai. Biar sampai keluar bubble/berlubang (sekitar 1-2 minit) dan balikkan sekitar 1-2 minit juga.

4.Siap untuk dihidang.

Kredit: Khairul Abdullah 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN