Semalam, trending di media sosial mengenai Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajjah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter @cheminahsayang dan tidak lagi aktif. Ia telah menyebabkan timbul tanda tanya dikalangan netizen yang mengikuti perkembangan permaisuri berjiwa rakyat ini.
Pelbagai andaian dilontarkan warganet. Hari ini puteri kepada Raja Permaisuri Agong, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah menerusi akaun Twitternya telah mendedahkan punca bondanya melakukan sedemikian.
Malah menerusi hantaran tersebut juga, Tengku Puteri Afzan memuat naik gambar memaparkan komen Raja Permaisuri Agong berhubung isu berkenaan.
Titah Raja Permaisuri Agong, dia menutup akaun tersebut bukan disebabkan sedih, terluka atau marah dengan komen sesetengah pihak. Sebaliknya ia dibuat atas alasan peribadi.
Susulan kenyataan itu, ramai mengagumi tindakan dan penjelasan Raja Permaisuri Agong serta berharap supaya orang ramai turut menghormati keputusan dan privasi baginda.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI