Ada kalanya kita tak puas makan kalau tiada sambal yang pedas. Namun ada kala sambal itu terasa pedas melampau sehingga
pijar bibir. Minum air sejuk tidak begitu membantu untuk menghilangkan pedas. Ada cara untuk mengurangkan rasa pijar pada bibir
yang ‘terdera’ dengan rasa pedas tersebut.
RASA berikan 7 petua untuk hilangkan rasa pijar akibat memakan sesuatu yang pedas.
1. Susu
Minum segelas susu atau yogurt untuk menghilangkan rasa pedas adalah pilihan yang terbaik. Dalam susu mengandungi protein yang
akan menghilangkan capsaicin dan mengurangkan haba pedas. Coklat susu juga boleh menghilangkan rasa pijar.
2. Minyak Zaitun
Dengan mengambil beberapa sudu minyak zaitun akan mengurangkan rasa pijar dan pedas pada lidah. Minyak zaitun mempunyai
lemak yang dapat meredakan pijak.
3. Gula
Manis gula sebenarnya boleh membantu meneutralkan pijar daripada makanan pedas yang dimakan. Gula akan menyerap minyak
pedas dan mengubahnya menjadi rasa yang berbeza.
4. Manis Madu
Selain banyak khasiat, rasa manis semula jadi madu juga akan meredakan pijar pedas pada lidah.
5. Mentega Kacang
Selalunya mentega kacang kita akan sapukan pada roti. Rupa-rupanya mentega kacang mengandungi kandungan lemak yang akan
membantu meneutralkan rasa pedas. Jadi makan satu sudu mentega kacang untuk mengurangkan rasa pedas. Tetapi bagi sesiapa
yang memiliki alergi pada kacang jangan guna cara ini. Dibimbangi hilang pedas, jadi masalah lain pula.
6. Makanan Berkanji
Nasi dan roti adalah makanan asasi bagi masyarakat kita. Nasi dan roti tidak akan meneutralkan rasa pedas tapi akan
mengurangkan kesan pijar pada lidah. Apabila pijar hilang, ianya akan membantu menghentikan rasa tidak enak pada lidah.
7. Jus Lemon
Selain sedap diminum air lemon ia juga boleh meredakan rasa pedas pada lidah. Rasa pedas boleh dineutralkan dengan makanan
yang berakali antaranya lemon. Selain lemon anda boleh memakan nanas dan tomato.
Jadi apabila anda hendak makan makanan pedas sila pastikan salah satu remedi ini tersedia di samping anda. Ingat jangan terlebih
makan makanan pedas kerana boleh memudaratkan kesihatan dan berisiko mendapat penyakit buasir dan kanser kolon.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI