Mesti banyak kan kuali atau periuk belanga kat rumah yang berkarat atau pun hangus? Tunggu! Jangan buang dulu. Jom kita lihat petua bagaimana nak hilangkan kesan karat atau hangus tersebut.
TOMATO
Untuk kesan yang lebih baik, cari buah tomato yang tidak terlalu masak kerana kandungan asidnya lebih tinggi. Lenyekkan beberapa biji buah tomato di dalam bekas yang hangus tadi. Biarkan semalaman, kemudian sental dan cuci bekas tersebut.
CUKA & GARAM
Campurkan cuka dan garam, sental di tempat yang berkarat. Kemudian jemur sampai ia kering. Laa simplenya kan?
SOS TOMATO
Ads
Sapukan sos tomato di tempat yang berkarat atau hangus dan biarkan ia selama 2 jam. Kemudian bilas sehingga bersih. Haa jangan ingat sos tomato untuk cicah dengan ayam goreng KFC je taw?
KULIT KENTANG
Letakkan kulit kentang di dalam periuk yang berkerak dan isikan air separuh daripada periuk.
Kemudian, letakkan di atas api.Tunggu sehingga didih dan toskan. Hasilnya, kerak di periuk akan tanggal dengan sendirinya.
Ads
ASAM JAWA
Ambil segenggam asam jawa dan masukkan ke dalam kuali atau periuk yang berkarat. Kemudian,
gosok permukaan kuali atau periuk menggunakan asam jawa tadi dan lakukan sehingga kesan karat hilang dan bilas hingga bersih.
PENCUCI PINGGAN
Ads
Biasanya kita cuci periuk selepas masak kan. Yang ni pula caranya sebelum masak sapukan dahulu bahagian luar periuk dengan pencuci pinggan. Sebarang jenama boleh ya. Setelah siap memasak, cuci periuk dengan penggosok. Macam pelik ke? Haa cuba okay!
BAKING SODA & AIR
Campurkan baking soda dengan sedikit air dan biarkan di dalam periuk yang berkarat atau hangus selama beberapa jam. Kemudian, basuh periuk tersebut sehingga bersih.
Mudah kan? Bahan-bahan pun mudah nak cari. Lepasni jangan membazir taw buang periuk-periuk yang berkarat. Amalkan petua-petua ni, In Sha Allah berkesan. Selamat mencuba!
Kek pisang mempunyai tekstur yang lembut dan lembab. Oleh yang demikian, jangka hayatnya tidak terlalu lama dan mudah berkulat. Agak sayang dan membazir jika perkara ini terjadi. Maklumlah, walaupun hanya kek pisang, tenaga dan bahan mentah yang digunakan bukannya sedikit.
Ada cara mudah yang boleh anda praktikkan untuk memastikan kek pisang yang anda hasilkan tahan lama. Cara ini juga boleh dilakukan untuk menyimpan kek pisang yang dibeli. Apa yang anda perlu lakukan ialah:
foto: simplyrecipes.com
CARA SIMPAN KEK PISANG AGAR LAMBAT BERKULAT TANPA GUNA PENGAWET
Setelah kek masak, sejukkan sepenuhnya.
Masukkan kek pisang ke dalam bekas kedap udara dan simpan di ruangan sejuk beku.
Jika anda ingin menikmatinya, keluarkan dari peti sejuk beku dan biarkan pada suhu bilik selama 1 jam.
Masukkan ke dalam ketuhar gelombang mikro dan panaskan seketika. Hasilnya kek anda kekal enak dan tahan lebih lama.
Kuah kacang memang sedap dimakan dengan nasi impit, cucur udang, ketupat dan sate. Namun ramai yang mengakui kuah kacang yang dimasak cepat basi. Jadi macam mana nak masak kuah kacang yang tahan lama?
Maklumlah, kuah kacang menggunakan santan. Masakan bersantan selalunya memang cepat basi. Namun kalau betul cara masaknya, boleh tahan lama dan lambat basi.
Ada pelbagai petua yang boleh anda cuba. Ini petua yang dikongsikan oleh Puan Rabiatun Adawyah.
Tips masak kuah kacang yang tahan lama
1) Kacang yang disangai perlu kena betul-betul masak.
2) Apabila tumis cili, pastikan cili ditumis betul-betul masak juga. Memang ambil masa. Hasilnya kuah kacang yang dihasilkan akan lebih tahan lama dan rasa yang sedap. Insya Allah.
3) Apabila dah masukkan santan, kena pastikan santan betul-betul masak juga. Baru boleh masukkan kacang supaya kacang tadi tak mendap dan terpisah.
4) Selepas masukkan kacang yang dikisar, kena selalu dikacau supaya kacang tadi tidak cepat hangus di bawahnya.
5) Dari segi rasa pula, kena cukup masin, manis dan masamnya. Insya-Allah kuah kacang korang akan lebih sedap apabila dipanaskan.
Kredit gambar & petua: Puan Rabiatun Adawyah Mohamed Din
Orang tua-tua kalau buat ikan goreng rasanya memang lain macam sedapnya. Kita siap boleh ratah 2-3 ekor. Sebabnya cara mereka buat ikan goreng tak letak hanya garam dan kunyit.
Ada lagi bahan yang digaul bersama sebelum menggoreng ikan. Menerusi perkongsian Nur Darwisya Qasdina, untuk memastikan ikan goreng sedap selain garam dan kunyit gaul sekali ikan dengan asam jawa dan cara inilah yang dipraktikkan oleh ibu mentuanya.
Letak asam jawa, rahsia mak mentua buat ikan goreng sedap
Caranya;
– Gaul ikan dengan asam jawa, bersama garam dan kunyit.
– Lumur rata dan perap sekejap. Tapi jika nak goreng terus pun boleh saja.
– Ikan yang digoreng akan bertukar warna jadi hitam sama juga dengan minyak. Tapi jangan bimbang rasanya memang sedap sangat. Jika ratah memang tak sedar 2-3 ekor sorang-sorang.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!