Tip Simpan Tauge Supaya Tahan Lama & Kekal Rangup Walau Dah Berhari-Hari

Share

Kalau masak hidangan mi, tauge antara sayur antara yang selalu kita sertakan. Ada yang rasa letak lagi banyak lagi sedap.

Tapi masalah bila beli tauge ini adalah beli RM1 pun jumlahnya banyak. Gunanya sedikit saja. Selebihnya kita simpan dan sayur ini pula tak tahan lama. Sudahnya terbuang!

Sebenarnya kalau nak pastikan ia tahan lama ada cara untuk menyimpannya. Petua ini dikongsi oleh Norhaniza Kamaruddin.

Lebih dua hari dah hitam

Selalu kalau beli tauge simpan dalam peti ais lebih 2 hari mesti dah jadi hitam hitam kan. Saya share petua yang saya amalkan.

  1. Masukkan tauge dalam bekas berisi air, biarkan terendam.
  2. Kemudian masukkan sekeping asam keping dalam bekas tersebut.
  3. Simpan dalam peti ais, hasilnya tauge akan kekal ranggup.

Sumber: Norhaniza Kamaruddin

IKLAN