Laman

Tip Simpan Nenas Supaya Tahan Lama, Tak Lembik Dan Busuk. Dah 6 Hari Elok Lagi

Share

Buah nenas adalah superfood yang banyak khasiatnya, dan bagi yang menyukainya mungkin akan membelinya beberapa biji sekali gus dimakan. Terutama sekali jika harganya murah.

Cuma jika beli dalam kuantiti yang banyak, cara menyimpan nenas ini perlulah betul supaya tak cepat rosak. Selalunya kita mungkin kupas sebiji saja dan selebihnya disimpan. Memandangkan kita tak menyimpannya dalam peti sejuk  jadi boleh praktikkan cara simpan nenas agar tahan lama yang dikongsi oleh Huda Zainal

.

Tip simpan nenas tahan lama

Ujar beliau di rumahnya nenas memang buah yang tak putus stok, sekali beli 3 biji terus. Selalu selepas tiga hari buah nenas yang terakhir dipotong sudah lembik dan busuk.

Tapi sejak mempraktikkan tip yang diperoleh dari satu video, buah ini masih elok sehingga 6 hari, tak busuk atau berair. Caranya mudah sangat;

1. Potong dulu bahagian atas/ jambul nenas. Buang daun-daun yang tajam.

2. Sediakan bekas dan letak nenas secara terbalik. Bahagian atas letak ke bawah.

Itu saja, cara ini nenas akan tahan sampai 6 hari.

 

Sumber/Foto : Huda Zainal

IKLAN