Tip Simpan Lauk Frozen Supaya Tahan Lama & Cara Betulkan Panaskan Semula

Share

Lauk frozen meski sudah lama tapi tetap akan sedap kalau disimpan dan dipanaskan dengan cara yang betul.

Perkongsian ini boleh jadi panduan berguna untuk yang mahu menyediakan stok lauk frozen untuk keluarga atau suami tersayang. Dengan tip yang tepat, lauk boleh tahan sehingga berbulan-bulan tanpa rosak dan rasa pun kekal sedap macam baru dimasak.

Lauk Frozen 8 Hari Untuk Suami

Ayam masak sambal
Rendang ayam
Ayam masak kicap berempah
Kari sardin
Ikan masak sambal
Ikan masak lemak

Tip Simpan Lauk Frozen Supaya Tahan Lama

  • Masak lauk seperti biasa, bukan lauk lebihan. Lauk lebihan akan cepat lari rasa.
  • Lebihkan minyak ketika menumis — minyak bantu makanan tahan lebih lama.
    Masak sampai pecah minyak betul-betul sebelum disimpan.
  • Biarkan lauk sejuk sepenuhnya sebelum masuk dalam bekas.
  • Kalau guna daun kesum, kunyit atau daun sup, masukkan selepas api ditutup. Ini elak daun cepat kecut bila dipanaskan semula.
  • Bahagikan lauk dalam bekas untuk sekali makan sahaja. Tutup rapat bekas dan terus bekukan dalam peti. Jangan masukkan ketika masih panas.
  • Lauk frozen boleh tahan hingga 6 bulan jika disimpan dengan betul.
  • Bila nak makan, defrost dahulu. Panaskan dalam microwave 3–5 minit, atau kukus/hangatkan dengan api kecil. Jangan masak semula dengan api besar kerana rasa akan berubah.
  • Ingat! Lauk yang sudah defrost tak boleh difrozen semula kerana boleh mengundang bakteria.

Dengan cara ini, lauk frozen bukan saja tahan lama, malah kekal sedap dan memudahkan kerja memasak. Sesuai sangat untuk ibu bekerja, pelajar atau sesiapa saja yang nak cepat tapi tetap mahu makan makanan rumah yang menyelerakan.

Kredit Info & Foto: Nurfarahin Mazlan

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA

 

Published by
Rose