Dah masuk hujung minggu dan hujung tahun, mesti ramai yang bercuti di Cameron Highland. Bila ke sini buah strawberi memang jadi buah tangan wajib dibeli.
Ramai yang membeli dalam jumlah yang banyak, alang-alang dah sampai kan. Tapi masalahnya bila dah beli banyak cara simpan kena betul supaya tak busuk dan benyek bila lama dalam peti sejuk.
Bagi memastikan buah strawberi ini kekal segar dan tahan lama hingga dua minggu boleh guna tip yang dikongsi oleh Rahayu Rosli. Tip sesuai sangat untuk yang baru balik Cameron Highland dan homebaker yang menggunakan banyak buah ini.
Cara simpan buah strawberi supaya tahan lama
Mesti ada yang penggemar strawberi atau bakers-bakers yang selalu guna strawberi. Hari ini sis nak share cara simpan buah strawberi supaya tahan lama, tak berkulat dan berair. Insya-Allah boleh tahan satu minggu hingga dua minggu (bergantung pada kesegaran buahnya).
Tip untuk tahu buah segar atau tak, kena tengok daunnya. Kalau daun masih hijau, tiada kuning atau hitam, insya-Allah buah masih segar. Caranya;
1. Kita perlukan buah strawberi tisu ( tisu yang tebal ya, nak guna tisu dapur pun boleh supaya air-air wap boleh meresap pada tisu dan tisu tak cepat lembik ).
Ads
2. Bekas untuk simpan. Saya guna bekas letak kek saja. Pastikan bekas itu dibuat lubang supaya udara dapat keluar masuk. Nanti air tak bertakung dalam bekas. Saya tebuk bekas guna pemutar skru.
3. Basuh tangan dulu kemudian ambil buah, letak atas tisu. Seterusnya balut buah strawberi satu persatu hingga menutup semua bahagian.
Ads
4. Bila dah semua buah strawberi selesai dibalut, susun dalam bekas tadi. Pastikan bekas tak terbuka.
5. Kemudian bolehlah disimpan dalam peti sejuk bahagian bawah.
Asparagus mempunyai khasiat yang tersendiri. Ia kaya dengan vitamin B6, magnesium dan zink serta kaya dengan serat serta asid folik. Bagi memastikan khasiat sayur ini tidak berkurangan, ada cara terbaik yang boleh anda cuba. Cara-caranya ialah potong asparagus sepanjang 1 inci dan tumis menggunakan sedikit minyak. Kacau dengan pantas dan perasakan secukupnya. Sedia untuk dihidangkan.
RESIPI ASPARAGUS SOS TIRAM
BAHAN-BAHAN:
CARA MEMASAK:
1. Panaskan minyak. Masukkan bawang besar dan bawang putih serta cili api.
2. Tumiskan hingga kekuningan. Masukkan udang kering. sos tiram dan garam secukup rasa.
3. Masukkan asparagus. Tumiskan hingga asparagus lembut. Angkat dan sedia dinikmati.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Puding buih memang tak bersalah. Pencuci mulut tradisi ini berasal dari negeri Pantai Timur ni cukup sedap rasanya.. Dah lama orang menikmatinya, tetapi tak pernah lagi berlaku kematian akibatnya.
Tetapi kejadian keracunan makanan selepas menikmati puding buih yang berlaku di Terengganu ,sehingga mengakibatkan 99 orang dengan satu kematian mengejutkan orang ramai terutamanya netizen .
RASA menghubungi pensyarah UNITAR, Chef Asma Nordin yang cukup berpengalaman dalam pembuatan puding bertanyakan pandangan beliau mengenai hal ini katanya,” Pencemaran pada telur yang berlaku sebelum proses memasak hinggalah kepada proses pengendalian makanan selepas memasak adalah punca utamanya.
Kalau nak katakan telur luput atau busuk adalah puncanya adalah kurang tepat. Kerana jika telur busuk atau luput tarikh, tak mungkinlah puding buih itu akan menjadi sebab meringue (putih telur yang dikacau gebu) mustahil boleh dibuat kerana putih dan kuning telurnya sudah bercampur.”
“Telur apabila telah dipecahkan tidak boleh terdedah terlalu lama kerana ia akan mudah tercemar. Begitu juga dengan telur yang dah dijadikan meringue. bila puding buih itu sudah siap disediakan tidak boleh dibiarkan terdedah di luar melebihi daripada empat jam, ia juga boleh menyebabkan pencemaran silang berlaku dan akhirnya terjadi keracunan.
Saya sendiri jika membuat puding menggunakan air suam agar mengelakkan berlakunya pencemaran.”
Ikuti juga pandangan dari Dr Aida Azmi dalam laman web rasminya. Menurutnya kejadian keracunan makanan puding buih boleh berlaku akibat pengendalian makanan yang tidak selamat.
Berikut adalah 4 elemen utama yang menyumbang kepada keracunan makanan tersebut:
📎📌TELUR Jika dilihat kepada resepi puding buih, antara bahan ramuan utamanya ialah TELUR. Telur sememangnya terkenal dengan bakteria Salmonella (*2). Jadi telur perlu dicuci bersih sebelum guna dan hanya guna telur yang masih elok/segar sahaja. Telur yang kotor atau Telur yang sudah rosak akan mengandungi bakteria Salmonella yang banyak!
📌TEKNIK PENYEDIAAN Telur ayam ini akan diasingkan kuning dan putihnya, dimana putih telur tadi akan dipukul sehingga kembang atau dipanggil sebagai ‘meringue’ dan ianya tidak dimasak! Memang ‘meringue’ ini digunakan secara meluas dalam industri pastri tetapi mereka menggunakan telur yang telah dipasteur bagi memastikan tiada sebarang pencemaran terhadap makanan yang dihasilkan (*2). Suhu selamat untuk masak telur adalah sekurang-kurangnya 75°C (*3).
📌SUHU PENYIMPANAN Kalau kita tengok resepi puding buih ini memang berisiko dan suhu penyimpanannya perlu dikawal dengan rapi. Puding tidak boleh dibiarkan pada suhu bilik terlalu lama kerana ini akan meningkatkan pembiakan bakteria. Puding perlu disimpan pada suhu sejuk dingin (chiller) iaitu antara 0 hingga 10°C (*4).
💥TEMPOH MASA Puding perlu dimakan dalam tempoh 4 jam (jika tidak disimpan dalam peti sejuk). Selepas tempoh itu ada kemungkinan besar makanan tersebut telah tercemar dengan bakteria! (*4).
Difahamkan, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sudah memeriksa premis peniaga terbabit dan pengambilan sampel dilakukan Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Daerah Kuala Terengganu.
Sebanyak 11 swab persekitaran, empat swab tangan dan empat sampel makanan juga diambil untuk tindakan lanjut dan JKNT turut menutup dapur premis untuk jualan peniaga puding buih itu mengikut Seksyen 18(1)(d) Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 selama 14 hari sehingga 7 Jun depan (*1).
Kredit : Food Safety Malaysia Kredit : Dr.Aida Azmi Official
Tahukah anda air barli mempunyai mempunyai banyak khasiat? Resipi air barli kali ini adalah bagi mereka yang mempunyai masalah kencing kotor dan juga tidak lawas. Cuba dulu mana tahu serasi petua ni..
Kuih Tepung Pelita ialah kuih tradisional yang lemak manis dan sangat digemari ramai. Ikuti resipi Kuih Tepung Pelita yang mudah ini untuk hasil lembut dan sedap.