Pergi kedai nak beli bendi, tapi kecewa bila lihat semua hujung bendi dah dipatahkan gara-gara kerana mahu memilih bendi muda. Bukan saja kita geram dengan keadaan ini tapi pemilik kedai juga.
Sebenarnya tak perlu pun kita patah hujung sayur ini, ada lagi cara lebih mudah yang boleh digunakan untuk memilih bendi muda. Kita hanya perlu lihat bahagian tangkai bendi saja. Tip ini dikongsi oleh Azuan Abdullah.
Cara pilih bendi muda tanpa patahkan hujung
Pagi semalam masa jalan-jalan dekat kebun, kawan ada tanya macam mana nak kenal buah bendi yang muda dan sesuai untuk dimakan tanpa patahkan hujung buah. Saya pun tunjukkan cara mudah;
Bendi boleh kita kelaskan kepada 5 tahap
Ads
1. Sangat Muda
Buah yang sangat muda ni tiada lubang udara di tangkai buah. Rujuk gambar buah nombor 1. Buah ni sangat sedap untuk kita celur, rasa manis bendi tu ada. Cicah dengan budu tempoyak dan nasi panas-panas, gerenti tak cukup nasi satu pinggan.
Buah tahap ni tak sesuai untuk kita buat masak kari atau asam pedas sebab ianya terlalu lembut. Nanti dia akan pecah dan lembik, tiada rasa bendi nanti.
Ads
2. Muda
Buah muda akan ada lubang udara yang kecil di tangkai buah. Biasanya saiz lubang tu besar jarum je. Sangat sesuai untuk dibuat masak singgang, kari dengan kepala tenggiri dan asam pedas ikan pari. Perghh memang terangkat weh.
3. Tua
Bendi tua ni akan ada lubang udara saiz mata ball pen di tangkai buah. Tidak sesuai untuk dimakan sebab buahnya dah agak keras. Tahap ni la yang biasa banyak kita silap beli.
Ads
4. Sangat Tua
Buah sangat tua ni lubang di tangkainya dah besar sangat, lebih kurang saiz lidi sate. Buahnya dah rasa keras dan mula berkayu. Tak boleh nak makan sebab buah dah rasa macam bersepah dan tak rasa apa-apa.
Kesimpulannya memang senang sangat nak tahu bendi muda atau tua. Yang tiada lubang udara di tangkai tu sangat muda. Akan ada lubang udara kecil bila muda dan lubang udara jadi makin besar bila buah makin tua.
Bila sayur murah, mulalah nak beli banyak untuk stok, tapi masalahnya sayur terutama berdaun hijau mudah layu dan tak tahan lama. Jangan risau ada cara tangani masalah ini, selain sayur segar segala zat terkandung dalam sayur juga tak hilang.
Simpan sayur dalam peti sejuk adalah cara terbaik, tapi kena tahu cara menyimpannya ye. Paling mudah adalah dengan membalut sayur dengan kertas (elakkan surat khabar) kerana kertas akan menyerap wap air dalam peti sejuk dan sayur bertahan lebih lama.
Jika terus simpan menggunakan plastik pembungkus, sayur tidak bernafas, gas di dalamnya akan mempercepatkan proses sayur menjadi busuk.Namun cara terbaiknya, beli sayur ikut keperluan harian dan terus dimasak. Tetapi kesibukan membantaskan anda, jadi info ini diharapkan membantu ye…
Jujube atau di panggil Kurma Cina atau Kurma Merah ini mempunyai banyak khasiat terutama untuk kaum wanita. Ia dikatakan sungguh baik untuk wanita ketika datang haid atau period kerana ia akan melancarkan pengeluaran darah tersebut. Jika darah haid tidak keluar dengan lancar ia boleh menyebabkan kita mengalami senggugut. Hasil perkongsian saudari Dila Min yang mengamalkan minum air rebusan kurma cina merah ini yang di pelajari dari keluarga mentuanya yang berbangsa cina. Menurut Dila ia juga sesuai ketika berpantang untuk manambah darah. Berita baik juga untuk ibu yang memberi susu badan kerana ia juga boleh menjadi milk booster (menambahkan susu badan) dan boleh tambahkan goji berry atau black goji yang sama fungsinya.
Kurma Merah mempunyai kandungan sodium yang sangat rendah serta sumber penting serat pemakanan dan kalium. Kurma merah juga menyediakan nutrien penting dalam diet seperti Vitamin A, Vitamin C, Vitamin E, Vitamin K, Vitamin B6, Thiamin, Niacin, Riboflavin dan Zat besi.
Jom kita belajar cara untuk buat air rebusan kurma cina merah ini:
Cara minumnya pelbagai. Boleh rebus atau rendam dalam air panas. Kalau hendak manis campurkan gula batu dan renehkan sekali.
Boleh belah-belahkan buah itu dulu pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.
Nak masukkan dalam masakan pun boleh. Campurkan ke sup sayur, sup ayam, bubur nasi atau apa-apa yang sesuai. Kalau hendak masukkan dalam masakan pastikan buang biji terlebih dahulu. Senang terus boleh makan dan telan.
Cara yang paling mudah hanya tambah air panas dan tambah sedikit gula perang. Wangi baunya.
Info: Nisbah air bergantung pada saiz buah. Lima biji bersamaan satu cawan air.
Sira kentang pedas atau sambal kering kentang ini memang sedap. Boleh jadi lauk atau ratah begitu saja. Dapat pula kentang yang rangup lagi syok meratah.
Tapi masalahnya bila buat di rumah kerepek kentang yang disira tak pula jadi begitu. Bila dah digaul dengan sambal, kentang jadi lembik tak rangup.
Kalau selalu buat jadi begini mungkin boleh cuba cara dan teknik yang dikongsi oleh Missz Amira.
Cara buat sira kentang pedas sedap dan rangup
3 bahan utama
Kacang tanah – digoreng
Ikan bilis – digoreng
Kentang hiris nipis – dan goreng
Tip cuci dan goreng kentang
Kentang yang dihiris nipis direndam cuka atau soda bikabornat atau air kapur (guna salah satu) dalam satu hingga dua jam.
Kemudian cuci, buang kanji dan toskan. Selepas itu barulah digoreng, pastikan goreng guna api yang perlahan hingga garing
INFO: Boleh guna salah satu bahan untuk rendam kentang sama ada cuka, soda bikarbonat atau air kapur. Kuantiti tak kisah memang bahan itu akan dicuci selepas direndam.
Ini kentang, kacang dan ikan bilis yang dah siap goreng dicampur. Makan begini pun dah sedap
Bahan untuk sambal pedas manis
Cili kering – dikisar halus/cili boh (lebihkan jika nak pedas)
Bawang putih – dikisar
Bawang merah/bawang besar – dikisar
Sos tiram
Gula (lebihkan untuk dapatkan kerepek ranggup tapi jangan manis sangat)
Garam
Minyak untuk menumis
Cara membuat
Panaskan minyak dan tumis kesemua bawang kisar. Kemudian masukkan cili boh/cili kisar tumis lagi sampai pecah minyak.
Perasakan dengan sos tiram, gula garam. Sambal jangan terlampau cair ya.
Bila sambal dah masak sejukkan dahulu. Kemudian baru masukkan kentang, kacang dan ikan bilis kemudian gaul kesemua sebati.
Seterusnya boleh masukkan dalam bekas bertutup. Kentang akan kekal rangup walaupun dah lama.
Nak tahu ayam segar atau tidak? Rahsianya ada pada warna buntut ayam! Ketahui cara mudah bezakan ayam segar, ayam tak halal, dan ayam bangkai sebelum beli di pasar.