Tip Mudah Masak Paru Goreng Garing. Sedap Tak Liat & Tak Hanyir.

Share

Nampak macam mudah untuk menyediakan paru goreng tapi kalau tak kena pada gayanya, mulalah rasa tak sedap, terasa liat dan berbau hanyir. Cikgu Afy kongsikan tip dan teknik yang betul kalau nak dapatkan rasa paru goreng yang garing dan sedap tanpa berbau hanyir. Jom cuba.

Ini rupa paru yang telah dibersihkan.

TIP HILANGKAN HANYIR PARU:

1. Rendam paru dengan sedikit gandum. Biarkan setengah jam.
2. Rendam paru dengan air asam jawa/limau nipis.
3. Cuci darah beku yang melekat di celah-celah paru.
4. Basuh bersih paru untuk menghilangkan bau darahnya.

 

Masukkan air 3/4 periuk. Letakkan garam secukup rasa dan 2-3 keping asam keping.
Rebus paru sehingga masak dalam api sederhana perlahan.

Paru yang telah masak ditoskan dari periuk rebusan.

 

TIP UNTUK GORENG PARU GARING:


Hiris paru yang hendak digoreng senipis yang boleh.
Gunakan pisau yang tajam untuk memudahkan kerja menghiris.Taburkan garam halus dan perapkan seketika sebelum digoreng.

Setelah minyak betul-betul panas, masukkan paru yang telah dihiris tadi.
Jangan goreng dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa.
Gunakan api sederhana perlahan.
Balik-balikkan beberapa kali. Biarkan warna gorengan berubah menjadi sedikit gelap

Siap untuk paru yang garing!
Nak makan cicah sos pun boleh. Sedap

 

Kredit resipi: Afy AL Habibi

IKLAN