Kulit telur yam rupanya ada banyak manfaat yang kita tak tahu. Memetik laman Unicity
berikut cara usir tikus, lipas, semut dan cicak.
Cara-Cara:
Ads
Keringkan kulit telur. Kemudian, giling untuk menghancurkan menjadi serbuk. Taburkan
serbuk kulit itu pada kawasan yang hendak dibasmi.
Serbuk kulit telur boleh mengusir dan membunuh beberapa jenis haiwan perosak seperti siput,
siput babi, kutu, kumbang, tikus, lipas, cicak dan semut.
Bila haiwan perosak terkena serbuk kulit telur, haiwan tersebut akan menngeliat,
bergerak untuk beberapa ketika, berputar dan akhirnya mati.
Ads
Basmi haiwan perosak pada tanaman
Ads
Taburkan serbuk kulit telur pada daun tanaman anada yang sudah rosak diserang.
Ini juga adalah salah satu kaedah untk pengendalian haiwan perosak. Serangga akan menjauhi daun tersebut serta membunuh perosak lain yang melekat di atas daun.
Di luar, taburkan juga serbuk kulit telur di sekitar permukaan tanah tanaman anda.
Jika berlaku hujan, taburkan lagi ini bagi mengusir haiwan perosak dari mendekati tanaman kita.
Sumber: Unicity, Apa Cerita
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Ramai tahu tepung jagung berfungsi membantu memekatkan kuah dan sos. Namun pernahkah ada waktunya bila korang ingin menggunakan tepung jagung tapi kehabisan pulak. Jangan risau atau tak jadi masak hanya kerana kehabisan tepung jagung. Sebenarnya boleh saja tukar dengan tepung lain yang ada dalam dapur korang. Berikut beberapa tepung yang boleh digunakan sebagai ganti tepung jagung :-
Tepung Ubi
Tepung yang diperbuat dari ubi kayu ini mempuyai rasa dan warna hampir sama dengan tepung jagung, Sebab itu kalau anda gunakan sebagai penganti tepung jagung, ia tidak akan mengubah rasa. Cara penggunaannya, anda hanya perlu larutkan tepung ubi dalam air mendidih, Jangan guna air sejuk kerana ia tidak larut dalam air sejuk. Namun pastikan nisbah airnya adalah betul, jika kurang hasil bancuhan akan menjadi pekat kenyal. Tepung ubi juga tidak sesuai untuk makanan yang dimasak lama kerana ia boleh mengeras, sebab itu ia lebih sesuai sebagai campuran dalam tumisan dan sup.
Tepung Beras
Tepung beras adalah alternatif terbaik penganti tepung jagung. Teksturnya lebih pekat padat tidak lembik atau kenyal seperti tepung ubi. Untuk menggunakannya, satu sudu makan tepung jagung bersamaan 3 sudu makan tepung beras. Ia sesuai digunakan untuk campuran dalam sos atau tumiasan, jika dicampurkan dalam bahan gorengan ia akan memberikan tekstur rangup.
Tepung Serbaguna
Tepung gandum serba guna adalah campuran tepung gandum rendah protein dengan tinggi protein. Namun tepung ini ada sedikit bau tepung, oleh itu ia sesuai anda gunakan untuk makanan yang kuat bau supaya dengan bau tepung tidak akan begitu ketara. Sifatnya hampir sama dengan tepung jagung, ia boleh membantu memekatkan kuah masakan. Jika ingin menggunakan tepung ini nisab penggunaannya adalah satu sudu makan tepung jagung bersamaan dua sudu makan terpung serba guna.
Tepung Sagu
Tepung ini berasal dari batang pokok sagu. Pati sagu yang menjadi tepung ini mudah menyerap cairan semasa dipanaskan, sebab itulah tepung ini boleh memekatkan masakan. Jika digunakan dalam kuih muih seperti biskut ia akan memberikan tekstur yang rapuh.
Tepung Kentang
Tepung ini diperbuat dari kentang, namun ia tidak berbau atau memberi kesan rasa kentang. Ia antara tepung paling sesuai sebagai penganti tepung jagung. Nisbah penggunaannya sama sahaja, anda boleh selaraskan ikut cita rasa. Namun semasa mencampurkannya dalam masakan, perlulah menggunakan api sederhana.
Diharapkan dengan info ini anda boleh manfaatkan dalam mengolah pelbagai jenis masakan kegemaran anda.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Anda penggemar sayur-sayuran, tapi yang menjadi sakit hati bila sayur hijau segar bila dimasak je berubah menjadi lebam. Kadang-kadang membantutkan selera makan. Sekarang usah risau kerana ada cara mudah menangani masalah ini hanya dengan garam.
2. Menumis: Anda disarankan gunakan minyak zaitun, tumis sekejap dan jangan biarkan sayur terlalu layu. Angkat dan segera dihidangkan.
3. Jangan biarkan sayur terlalu lama dalam kuali: Ini juga faktor menyebabkan sayur berubah warna. Pindahkan segera ke dalam pinggan sejurus masak, ia bukan hanya mengekalkan kehijauan sayur tetapi juga keranggupannya.
4. Gunakan api besar agar sayur masak sepantas kilat: Ia bertujuan mengekalkan kesegaran dan kehijauan sayur.
Lepas ni bolehlah cuba ye…
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Salah satu tip nak buat Mi Kari sedap, cuba letak sedikit udang kering dan santan juga perlu letak banyak supaya kuah pekat. Barulah laju masing-masing menambah makan nanti.