Ruang dapur merupakan antara ruang yang kerap digunakan sepanjang hari terutama wanita. Selain menjadi tempat memasak, dapur juga kerap kali dijadikan ruang untuk menjamu hidangan yang sedap-sedap kepada keluarga dan para tetamu yang berkunjung ke rumah.

Ruang dapur yang luas memang menjadi idaman semua pemilik kediaman, namun kadang-kadang hasrat itu tinggal impian sahaja dek kerana faktor kos. Pasti ramai yang mengalami masalah ruang dapur bersaiz terhad atau kecil sahaja. Ya, sebenarnya agak sukar untuk menghias ruang dapur yang sempit. Kalau meletakkan terlalu banyak barang di dalamnya, pasti dapur akan nampak berselerak dan hilang rasa keselesaan bila berada di dapur.

Tiada salahnya jika mempunyai ruang dapur yang kecil, lebih-lebih lagi saiz kediaman itu sendiri memang kecil. Namun jangan risau. Walau pun saiz dapur kecil, namun jika anda bijak merancang dan menghias, kita boleh membuatkan ruang dapur tersebut nampak lebih luas, tidak sarat dan menjadi satu tempat yang selesa.

  1. Pilih warna cat

Pilih warna cat yang cerah untuk dinding dan kelengkapan dapur. Warna yang cerah akan membuatkan ruang dapur kelihatan lebih luas. Pilihlah warna yang bercahaya atau warna neutral kerana warna yang gelap sangat tidak disarankan bagi mengecat ruang dapur sempit. Warna gelap boleh membuat dapur merasa kecil dan memberikan anda sebuah perasaan tidak selesa. Oleh itu pastikan anda menghias dapur kecil anda dengan warna terang atau warna neutral.

 

  1. Perabot yang bersesuaian

Perkara pertama yang perlu kita lakukan adalah memilih perabot dapur dengan ukuran yang betul. Pilihlah perabot dengan ukuran tidak terlalu besar agar mampu memberikan kesan luas dan selesa pada ruang tersebut.
Pastikan saiz kelengkapan dapur seperti ketuhar, peti sejuk, meja dan sebagainya tidak terlalu besar. Pilih saiz yang sesuai agar ia tidak mengambil terlalu banyak ruang di dalam dapur anda.

  1. Hiasan

Menata hias sesebuah dapur dengan ruangan kecil juga termasuk menyusun barang hiasan di dapur. Ini kerana, tanpa hiasan maka suasana dapur akan terasa kurang lengkap. Namun perlu diketahui jangan terlalu membebani ruangan dapur kecil anda dengan banyak hiasan kerana terlalu banyak juga tidak bagus. Hiasan yang disyorkan untuk ruangan kecil dapur anda misalnya adalah vas, pot gelas, botol dan gambar berbingkai adalah contoh hiasan yang sangat sesuai untuk menambah kesan dinamik pada dalam ruangan kecil. Lebih-lebih lagi sekiranya anda ada meletakkan rak di dapur anda, maka tempatkanlah hiasan-hiasan kecil tersebut di rak anda.

IKLAN
  1. Tingkap

Jika terdapat tingkap di dalam ruang dapur, pastikan anda memilih corak dan warna fabrik langsir yang sesuai. Fabrik langsir yang lebih nipis, dapat membantu ruang dapur anda mendapat lebih pencahayaan.

Tip Menghias Ruang Dapur Bersaiz Terhad

  1. Kabinet dapur

Jika anda ingin memasang kabinet dapur yang melekat ke dinding, gunakan keseluruhan ruang atas dinding secara bijak untuk menjimatkan ruangan. Ia memudahkan anda menyimpan barang-barang. Ruang dapur juga nampak lebih kemas lapang kerana segala barang kecil ‘tersembunyi’ di dalam kabinet.

Tip Menghias Ruang Dapur Bersaiz Terhad

IKLAN

PETUA DAPUR

Tip Menghias Ruang Dapur Bersaiz Terhad
Menghilangkan Hanyir Daging

Ada orang tidak suka makan daging kerana tidak gemarkan bau hanyirnya. Jangan risau, petua ini boleh membantu. Cara mudah mengatasi masalah ini ialah dengan basuh daging menggunakan air basuhan beras. Basuh sehingga daging bertukar menjadi putih sedikit. Bau hanyir dan lendir daging juga akan hilang. Selamat mencuba.
Amira, KL.

Sumber gambar: 123royaltyfree

KLIK DI SINI UNTUK MENCARI PERKAKAS DAN PERALATAN DAPUR DAN RUMAH.

IKLAN

LIHAT JUGA RESIPI INI UNTUK IDEA MEMASAK:

Cheesy Chicken & Mushroom Puff, Boleh Aje Guna Pastri Lapis Segera

Sos Perapan Ayam, Kambing, Daging & Sate. Resipi Jimat Pelbagai Hidangan

Aneka Sup Tambat Hati Keluarga, Pasti Menghirup Mereka Nikmatinya

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI