Warna sambal yang merah cantik memainkan peranan besar untuk membangkitkan selera. Bukan itu saja melalui warna sambal saja kita selalu sudah dapat menjangka rasanya yang sedap.
Ia boleh dilihat melalui sambal yang berwarna merah tua dan berkilat. Cumanya tak semua kalangan kita tahu tip menghasilkan sambal sebegini.
Dikongsi oleh Mazliza Ahmad boleh praktik cara yang beliau gunakan untuk menghasilkan warna sambal yang cantik malah sedap. Tip ini boleh digunakan untuk semua jenis sambal tak kira sambal udang, sotong, ikan bilis, atau telur. Yang penting, tekniknya betul.
35–40 tangkai cili kering – potong, rendam air panas atau rebus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2–3 sudu makan gula merah
Garam secukup rasa
Gula putih sedikit (untuk seimbangkan rasa)
Perasa jika suka
2 keping asam keping
1. Kisar cili kering yang telah direbus bersama bawang besar, bawang putih dan belacan hingga lumat halus.
2. Panaskan minyak secukupnya dan tumis bahan kisar tadi sampai benar-benar pecah minyak. Langkah ini sangat penting kerana ia mempengaruhi warna dan ketahanan sambal.
3. Masukkan gula merah, garam, perasa dan sedikit gula putih. Tambah juga asam keping untuk rasa masam yang seimbang.
4. Akhir sekali, masukkan bahan seperti udang, sotong, ikan bilis atau telur rebus. Gaul rata dan biarkan masak hingga sambal pekat dan berkilat.
Kredit resipi & foto: Mazliza Ahmad
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA