Bagi mendapatkan kek marble yang sedap, kita perlu gunakan mentega yang best. Hasilnya kek marble jadi sangat berlemak dan manis sesuai dengan cita rasa orang ramai. Kek marble boleh dianggap sebagai kek orang lama kerana telah lama diminati oleh orang terdahulu.
Mak-mak kita dulu selalu buat kek marble. Kek ini sangat sedap dan ada yang suka memakannya dengan mencelupkannya ke dalam teh o panas. Macam-macam style orang makan kek ni. Jom try buat.
KEK MARBLE
BAHAN-BAHAN
1 cawan mentega
3/4 cawan gula kastor
3 biji telur ayam gred B
1 sudu kecil esen vanila
1 1/2 cawan tepung gandum (diayak)
1 sudu besar serbuk penaik (diayak)
3 sudu besar susu pekat manis
2 sudu besar serbuk koko.
Ads
CARA MEMBUAT
1. Pukul mentega dan gula kastor selama 10 minit. Masukkan telur ayam satu persatu sambil pukul perlahan.
2. Masukkan esen vanila, tepung gandum dan serbuk penaik.
3. Guna kaedah kaup balik dan masukkan susu pekat manis. Gaul hingga sebati semua bahan.
4. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Adunan pertama warna asal. Adunan kedua letak serbuk koko.
5. Sapu marjerin pada loyang saiz 6 inci atau 7 inci. Lapik dengan kertas minyak.
6. Ambil satu senduk adunan dan letak di tengah-tengah loyang. Tidak perlu ratakan.
7. Ambil pula satu senduk adunan koko. Tindih di tengah adunan pertama tadi. Tidak perlu ratakan juga.
8. Ulang sehingga habis adunan.
9. Panaskan oven pada suhu 170 darjah dan bakar selama 45 minit atau hingga masak. Gunakan api atas dan bawah.
Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini (saya nak beli periuk baru la)
Sup ikan jernih yang segar serta rasa masam dan pedas yang sunggu menyelerakan. Gerenti hirup sup sampai licin mangkuk. Makan panas-panas memang puas menikmatinya. Boleh aje dimakan begitu sahaja, kalau tengah berdiet atau tak selera nak makan nasi.
SUP IKAN SIAKAP VERSI KELANTAN
BAHAN-BAHAN:
1 ekor ikan siakap
3 biji bawang merah sederhana besar – dimayang*
4 biji bawang putih – dimayang*
Halia sebesar ibu jari – potong memanjang*
Sedikit minyak
Air secukupnya
Garam secukup rasa
Perasa | Jika suka
2 Sup bunjut
Kayu manis
Bunga lawang
CARA MEMASAK:
1. Tumis bahan yang bertanda * sampai naik bau
2. Masukkan air agak-agak sesuai untuk sup seekor ikan.
3. Masukkan sup bunjut, kayu manis & bunga lawang.
4. Masak sampai mendidih. Bila sudah mendidih masukkan garam & perasa.
6. Kemudian masukkan ikan dan tunggu sehingga ikan masak.
7. Bila ikan sudah masak, rasa sup pun dahulu dan tutup api.
BAHAN HIASAN & PELENGKAP:
Daun sup – hiris
4 biji cili api – potong kecil
1 biji limau nipis – potong
Bawang goreng
CARA MEMASAK:
Masa hendak hidangkan sup, boleh taburkan dengan bahan-bahan pelengkap/hiasan dan limau nipis. Siap!
INFO CHEF:
Masa masak tidak perlu balik-balikkan ikan sebab nanti isi ikan hancur. Cukup sekadar ikan tenggelam keseluruhan bahagian di dalam sup
Masakan sup di Kelantan memang menggunakan perahan limau nipis, cili padi potong selain daun sup & bawang goreng dalam masakan mereka. Ala-ala thai sup macamtu.
Asam Pedas. Walaupun lain negeri lain cara masakannya, tetapi asam pedas tetap menjadi pilihan ramai. Jom kita cuba asam pedas daging yang memang merecik rasanya ini.
BAHAN-BAHAN:
600 gram daging lembu
1 batang serai | diketuk
1 kuntum bunga kantan | dibelah 2
3 tangkai daun kesum
1 sudu teh lada hitam kisar
2 senduk cili kisar
3/4 sudu teh serbuk kunyit
1/2 sudu teh pes asam jawa (atau secukup rasa)
Minyak untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya
BAHAN-BAHAN KISAR:
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
3cm halia
1cm lengkuas
CARA MEMBUAT:
1. Daging dihiris nipis, cuci dan toskan.
2. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga harum.
3. Masukkan cili kisar dan masak hingga cili garing dan pecah minyak.
4. Masukkan daging dan daun kesum, kacau hingga daging kecut. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih.
5. Masak hingga daging empuk (jika daging masih keras dan kuah kering, tambah air sedikit air panas).
6. Masukkan pes asam jawa dan bunga kantan. Kacau dan biar mendidih.
7. Perasakan dengan garam secukup rasa, sedikit gula dan lada hitam kisar. Kacau rata dan masak sekejap.
Ada roti sandwic yang hampir tamat tempoh? Jangan buang! Cuba 6 resipi roti sandwic sedap ini termasuk lasagna, apple pie dan puding roti. Mudah dan menjimatkan!