Aduh buntu dibuatnya memikirkan cara untuk menghilangkan kesan minyak pada bekas-bekas plastik. Memang susah nak hilang. Berkali-kali cuci pun masih ada kesan minyak tersebut. Rupa-rupanya, kesan minyak ini boleh hilang dengan hanya menggunakan garam dan sabun pencuci pinggan. Petua ini dikogsi oleh Puan Hafiza Zanuddin. Menurut beliau, tip ini digunakan untuk menjimatkan penggunaan sabun pencuci pinggan. Tak sangka rupanya ia berkesan untuk menghilangkan kesan minyak yang susah untuk ditanggalkan.
TIP HILANGKAN KESAN MINYAK PADA BEKAS PLASTIK
1. Masukkan sedikit sabun pencuci pinggan dan tambahkan sesudu garam dalam bekas pencuci.
Ads
2. Inilah hasil campuran sabun pencuci pinggan dan garam.
3. Kemudian, cuci dengan span seperti biasa. Tak perlu rendam, memang sangat mudah kotoran tertanggal.
Cili padidan cili kering (kisar) adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Kalau beli dalam kuantiti yang banyak , cili akan mudah rosak, berkulat dan busuk walaupun sudah di letak dalam peti sejuk. Rugi lah pulak, Namun ada petua yang boleh kamu cuba, ada pelbagai cara untuk cili kekal segar sehingga satu tahun.
Wow! Memang berbaloi sangat menjimatkan duit dari membazir dari kerap membeli cili. Boleh cuba cara ini:
Sebenarnya ada pelbagai cara untuk menyimpan cili api untuk tahan lama. Anda boleh ikuti petua viral yang dikongsi oleh saudari Norizah Karim ini:
“Petua biasa-biasa je… ini petua mak saya… semalam saya tengok dalam peti beku dia banyak cili api yang di frozenkn… cili api ni sebulan dah mak saya simpan.. setahun pun tahan buat mcm ni.”
Buang tangkai cili api dan basuh bersih.
Tos (gunakan tisu dapur untuk menyerap lebihan air)
Kemudian simpan dalam bekas bertutup.
Simpan dalam peti sejuk beku (frozen).
Bila hendak guna ambil mengikut keperluan anda masa itu. (Baki selebihnya biarkan terus frozen)
Biarkn sekejap dekat luar seminit dua sudah tidak perlu di basuh
Info: Ia sangat praktikal bagi yang suka simpan cili dalam kuantiti banyak.
Kami ingin kongsikan dengan anda petua untuk simpan cili padi supaya tahan lama selama sebulan.
Cara-caranya:
Buang tangkai dari badan cili.
Masukkan dalam satu bekas dan alas dengan tisu.
Letak seulas bawang putih yang dah siap di kupas.
**Boleh tahan sampai sebulan ke atas dan tak busuk pun
Cili boh atau cili kisar adalah bahan masak yang wajib ada di dapur. Terdapat pelbagai jenama cili kisar yang ada di pasaran namun ada yang lebih suka hasilkan sendiri. Katanya lebih sedap. Memang tak dinafikan, cili kisar yang diadun sendiri ni memang punya rasa yang lebih power.
Namun, salah satu masalah yang dihadapi ialah ia cepat berkulat walaupun disimpan dalam peti sejuk. Kadang-kadang ada yang tak sampai seminggu dan naik kulat putih dan berbau masam.
Menerusi perkongsian PuanMim Nazihah, beliau kongsikan cara hasilkan cili kisar yang tahan lebih lama. Sangat berbaloi untuk dicuba.
PETUA CILI KISAR TAHAN LAMA
“Kak mim nak share cara buat cili kisar yang tahan berbulan tak berkulat. Mesti ramai yang dah tau kan tapi tak apa. Nak share jugaklah. Mungkin ada sorang dua yang masih tak tau.
Selalukan kalau kita kisar cili kering, simpan dalam peti ais, tak sampai seminggu ia dah masam dan naik kulat putih. Guna cara ni InsyaAllah tahan lama. Sebulan dua tak berkulat”.
BAHAN-BAHAN:
Cili kering
Bawang putih
Air tapis
CARA-CARA:
1. Potong cili kering dan kupas bawang putih. Cuci bersih.
2. Rebus cili kering bersama bawang putih sampai lembut cili tu.Kemudian toskan.(tak perlu basuh lagi ye, cuma tos saja, sebab tadi kita dah cuci bersih, kalau basuh balik guna air paip nanti cili kisar tak tahan lama).
3. Biarkan sekejap agak cili dah sejuk sikit, kemudian kisar dengan menggunakan air tapis.Jangan guna air paip ye..Malah bawang putih pun bertindak sebagai anti kulat.
4. Letak cili kisar dalam bekas dan simpan dalam peti sejuk. Hasilnya cili akan tahan lama dan tak berkulat. Selamat mencuba…
Sama ada nasi atau periuk nasi yang bermasalah, nasi yang anda masak adakalanya cepat basi. Pasti anda pernah menghadapi masalah sebegini bukan? Penat bertukar jenis beras, dan cuba pelbagai jenis petua. Namun perkara yang sama tetap berlaku. Memang rugi!
Apa kata anda cuba pula petua ini. Ketika hendak memasak nasi, ambil sedikit bunga cengkih bersama secubit garam. Basuh beras bersama-sama cengkih hingga sebati kemudian barulah dibilas dan ditanak seperti biasa hingga masak.
Hasilnya nasi yang anda masak dapat tahan lebih lama. Selamat mencuba!
Rasanya dari anak kecil hingga dewasa semua orang suka makanTelur Mata, kerana ia lauk paling cepat dimasak dan boleh dipandankan dengan apa juga makanan dari Nasi Lemak hingga ke roti atau dimakan begitu sahaja dengan kicap. Memang sedap dan nikmat, lagi-lagi ketika masih panas. Tetapi walaupun ia nampak ringkas dan senang menyediakan telur mata, namun untuk mendapatkan telur mata yang sempurna seperti telur mata yang disediakan oleh hotel lima bintang, ada tip yang perlu anda semua ketahui. Tipnya adalah seperti berikut:-
Guna Kuali Leper Tidak Melekat
Sekarang kebanyakan rumah mempunyai kuali non stick atau kuali tidak melekat. Jadi manfaatkan kuali ini untuk menggoreng telur mata, untuk hasil telur masak sekata gunakan kuali leper. Jika menggunakan kuali biasa, pastikan kuali tidak mudah melekat atau menggunakan kuali khas untuk menggoreng sahaja.
Cara Goreng
Panaskan minyak menggunakan api sederhana, pecahkan telur di dalamnya, kemudian siram-siram bahagian atas telur dengan minyak supaya anda tidak perlu membalikkan telur. Gunakan api sederhana sahaja, jika kuali terlalu panas bimbang kandungan nutrisi telur akan hilang.
Tutup Kuali
Boleh juga tutup kuali dan biarkan beberapa minit, tujuannya supaya kuning telur boleh masak tanpa perlu dibalikan dan mengelakkan bahagian kuning telur pecah.
Angkat Telur
Angkat telur sesuai dengan tahap masak yang anda perlukan. Sama ada telur dengan kuningnya setengah masak atau masak sempurna, terpulang pada cita rasa.
Senangkan kalau ikut cara yang betul ! Orang bujang boleh amalkan tip ini.