Makan

Tip Goreng Ikan Bilis Supaya Rangup & Wangi, Ikut Cara Chef Memang Menjadi

Share

Ikan bilis goreng yang rangup memang lagi sedap cuma biasa berlaku selepas goreng rangupnya cuma sekejap. Bila dah sejuk ikan bilis pun jadi liat dan tak sedap dimakan.

Disebabkan itu ramai yang cuba macam-macam petua sampai ada yang sanggup tak basuh bilis untuk memastika ia rangup.

Tapi cara yang dikongsi oleh Chef Rizal ini senang sangat untuk memastikan ikan bilis rangup dan kerangupannya kekal lama. Caranya hanya menggunakan tepung jagung.

Tip goreng ikan bilis jadi rangup dan kerangupan kekal lama

1. Basuh ikan bilis hingga bersih kemudian tos sehingga semua airnya turun.

2. Masukkan ikan bilis yang ditos ini dalam bekas dan letak beberapa sudu tepung jagung.

3. Gaul ikan bilis ini dengan tepung jagung hingga rata. Pada masa yang sama panaskan kuali bersama minyak yang banyak.

 

4. Bila minyak panas goreng ikan bilis, jangan gunakan api besar supaya tak cepat hangus.

5. Goreng sambil kacau supaya ikan bilis masak rata. Bila dah garing angkat dan tos. Hasilnya ikan bilis akan rangup dan kerangupan ini kekal lama.

 

Dalam pada itu kata Chef Rizal bila menggoreng dengan cara ini, ikan bilis berbau wangi sampai rumah jiran.

Selamat mencuba

Sumber: Chef Rizal

IKLAN