Serbuk minuman seperti kopi, susu, coklat masih banyak lagi dalam balang tapi malangnya dah keras gara-gara disimpan lama. Memang satu kerja pula untuk menghancurkannya supaya dapat digunakan.
Bagi elak perkara ini berlaku terutama buat jarang membancuh minuman di rumah boleh praktikkan tip mudah ini.
Caranya cuma beli penyerap oksigen untuk makanan atau oxygen absober ini di kedai bakeri atau pun secara online.
Ads
Sewaktu tuang serbuk minuman ke dalam balang sama ada Milo, Nescafe atau apa juga serbuk termasuklah kopi, teh dan sebagainya letak sekali satu paket penyerap oksigen ini.
Cara ini serbuk minuman yang disimpan takkan keras kerana udara/oksigen yang jadi punca ia berlaku sudapun diserap.
Ads
Mudah sangat tip ini kan. Kalau nak beli penyerap oksigen secara online, klik SINI.
Bagi yang selalu membuat kek dan biskut, pastinya pernah jumpa penggunaan bahan seperti Soda Bikarbonat, Baking Powder ( serbuk penaik) dan Baking Soda. Bahan-bahan ini digunakan untuk menjadikan kek dan biskut naik, ringan, lembut dan gebu. Nama seakan-akan dan fungsinya kelihatan sama. Tapi ada juga bezanya. Silap guna, kek, biskut atau pau anda tak akan jadi segebu yang diimpikan. Jom kita lihat perbezaannya.
1. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat adalah bahan penaik yang biasa, mudah didapati dan digunakan secara meluas dalam penghasilan kek, roti dan kuih. Ia adalah bahan alkali yang menghasilkan karbon dioksida apabila bercampur dengan asid seperti jus lemon atau cream of tartar. Fungsinya adalah untuk menaikkan kek atau kuih apabila dimasak.
Biasanya soda bikarbonat sering digunakan dalam penghasilan kek, roti dan kuih yang ada unsur asid didalamnya seperti yang menggunakan yogurt, susu masam, jus buah-buahan, serbuk koko, gula hangus, puri buah-buahan dan sebagainya. Soda bikarbonat bersifat alkali. Oleh itu ia akan bertindak meneutralkan asid yang terdapat dalam adunan kek atau kuih.
Adunan soda dan bahan asid apabila disatukan akan menghasilkan karbon dioksida. Maka apabila dibakar, doh akan mengembang. Oleh sebab itu bila hasilkan kek atau roti, mesti guna bahan ini. Jika tidak, pasti hasilnya padat dan tidak gebu.
2. BAKING POWDER (SERBUK PENAIK)
Selain Soda Bikarbonat, serbuk penaik atau Baking Powder juga adalah bahan yang wajib ada jika nak masak kek dan kuih. Biasanya ramai yang keliru diatara dua bahan ini.
Baking Powder adalah agen penaik kimia yang mengandungi campuran asid (biasanya cream of tartar), alkali (soda bikarbonat) dan tepung. Bila diadun dengan bahan lembap, ia akan menghasilkan gas yang membantu kek dan kuih menjadi kembang, lembut dan gebu.
Di pasaran, terdapat dua jenis serbuk penaik yang biasa dijual iaitu yang biasa dan berganda (double-action baking powder). Baking Powder biasa digunakan dalam menghasilkan kebanyakkan kek manakala jenis berganda pula digunakan untuk memasak aneka kek dan kuih kukus seperti apam, pau, kek kukus dan sebagainya. Ia bertindak dua kali lebih kuat dari Baking Powder biasa bagi menjadikan kek atau kuih muih lebih gebu dan kembang.
3. BAKING SODA
Baking Soda. Yang ni paling mudah. Baking soda adalah nama lain bagi Soda Bikarbonat. Jadi bila ada resipi yang tertulis baking soda @ soda bikarbonat, jangan pening-pening. Ia adalah merujuk kepada benda yang sama.
Carta ini mungkin boleh bantu anda untuk faham antara kedua-dua bahan ni.
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Rupanya ada sebab tertentu kenapa kita kena amalkan minum air lemon suam setiap pagi. Jika sebelum ni, amalkan minum air suam sejurus bangun dari tidur, apakata tambah dengan beberapa hirisan lemon bagi menambah lagi khasiatnya.
Kandungan nutrisi yang ada pada buah lemon ni sangatlah elok untuk kesihatan mahupun kecantikan. Jadinya, pastikan dalam peti sejuk memang ada stok lemon sentiasa. Jangan lupa masukkan dalam senarai setiap kali beli barang dapur ya.
Berikut merupakan antara kelebihan minum air lemon suam setiap pagi;
Lemon kaya dengan antioksidan Vitamin C yang berperanan dalam menyokong sistem pertahanan badan. Kandungan Vitamin C yang tinggi berguna untuk melawan selesema. Amalkan secawan air lemon suam di pagi hari sebelum menempuh perjalanan ke pejabat untuk perlindungan yang lebih baik.
Percaya atau tidak, lemon adalah makanan yang amat beralkali. Ya, mereka adalah berasid dengan sifat yang tersendiri, tetapi di dalam badan kita ianya bersifat alkali (asid sitrik tidak mewujudkan keasidan dalam badan apabila dimetabolismekan). Untuk pengetahuan anda, pH badan yang beralkali merupakan kunci kepada kesihatan yang baik, dan pengambilan air lemon suam membantu ke arah itu.
Minum air lemon pada waktu pagi membantu tubuh membakar lemak dengan lebih berkesan, sekaligus memastikan proses metabolisme lemak berjalan lancar.
Lemon juga mengandungi pektin, serat larut yang biasa ditemui dalam buah-buahan sitrus. Pektin membantu menghindari kelaparan manakala serat mewujudkan rasa kenyang, dan menyebabkan anda kurang berasa lapar. Dengan rasa kenyang yang lebih lama, anda akan membuat pemilihan makanan yang lebih bijak dan kurang selera untuk memakan makanan ringan.
Vitamin C dan antioksidan lain dalam lemon menangani kerosakan dari radikal bebas seperti kedutan, jeragat, dan tanda penuaan terutama yang disebabkan oleh pendedahan kepada UV dan toksin dalam persekitaran.
Selain itu, oleh sebab lemon merangsang fungsi hati, ia membantu membersihkan toksin dari darah justeru secara langsung menyebabkan kulit menjadi bersih dan bebas jeragat. Bahkan, Vitamin C juga diperlukan dalam penghasilan kolagen yang sangat penting untuk keanjalan dan awet muda.
Minum air lemon suam pada waktu pagi juga akan membantu anda kekal terhidrat dan bertenaga sepanjang hari, terutamanya jika anda kurang minum air. Ini kerana lemon membantu merangsang sistem badan untuk mengekalkan keseimbangan cecair dengan lebih baik.
Air lemon suam merupakan diuretik semulajadi yang membantu menyingkirkan cecair dan toksin di dalam badan. Minuman ini juga akan membantu menyingkirkan toksin daripada buah pinggang dan hati selain merangsang sistem pencernaan anda.
Ia juga boleh meningkatkan keupayaan tubuh anda untuk menyerap nutrien dengan lebih efektif, menjadikan badan lebih sihat secara keseluruhan.
1. Hiris nipis setengah biji lemon dan rendamkan di dalam segelas air suam.
2. Biarkan selama beberapa minit, kemudian bolehlah diambil sebagai minuman pembuka di awal pagi sejurus bangun dari tidur, sebelum mengambil sarapan.
Amalan mudah ini jika dilakukan secara konsisten mampu memberi kesan positif kepada kesihatan. Jadi, tidak salah untuk mula biasakan diri dengan air lemon suam setiap hari.
Selamat mencuba! Rasai keberkesanannya!
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Stok kunyit resipi mudah untuk menggoreng segala jenis masakan seperti ayam, udang, ikan, sotong dan macam-macam lagi. Untuk kamu yang suka memasak, penyediaan stok seperti ini akan memudahkan sekaligus menjimatkan masa di dapur. Cubalah!
BAHAN-BAHAN:
2 labu bawang putih
300gm kunyit hidup
1 bungkus garam halus
3inci halia
Serbuk kunyit | agak2 nak bagi tak nak berair
Air | agak2