Nampak macam mudah je bila menggoreng kacang tapi bila makan dengan nasi lemak kacang rasa lemau, tak rangup dan hangus boleh buat mood makan pun terbantut. Tip ini sangat membantu untuk kamu yang suka makan kacang atau goreng untuk makan dengan nasi lemak dan sebagainya. Selamat mencuba.
CARA-CARANYA:
Basuh kacang dahulu
Masuk dalam kuali terus
Masukkan minyak sama paras kacang pastu baru buka api kecil je..goreng la smp letup2 manja
Angkat dan toskan minyak..dah sejuk boleh la simpan dlm bekas kedap udara…
Kongsi resipi: Siti Mazura Eiya
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Selain sos cili, tomato, sos tiram antara yang selalu kita beli untuk kegunaan dalam masakan.
Selalu waktu membelinya selain daripada harga kita akan pilih berdasarkan jenama tanpa menyedari sebenarnya sos tiram ini sebenarnya ada beberapa kategori yang berbeza.
Menurut Chef Amer dalam satu perkongsiannya, sos tiram yang dijual di pasaran ada lima jenis. Sebaiknya sebelum beli baca label dengan teliti. Tapi jika nak mudah boleh baca perkongsian beliau tentang jenis sos tiram ini.
Masa saya beli Sos Tiram di NSK tadi, tiba-tiba ada seorang Auntie India ni tanya saya yang mana satu Sos Tiram untuk vegetarian.
Saya pun tunjukkan lah yang mana satu. Kemudian dia tanya lagi apa beza Sos Tiram yang lain-lain tu. Ehhh… macam kat kelas pulak dia tanya.
Sedang saya terangkan kat dia, datang pulak Mak Cik ni tanya, Sos Tiram brand apa yang paling best. Aikkk… sah ! Dah boleh buat kelas pasal ni kat NSK.
Ok, Sos Tiram ni ada 5 jenis.
1. Sos Tiram
– Kandungan ekstrak tiram lebih dari 10% dan boleh dipanggil sos tram
– Rasa tiram yang sebenar
– Jenama Panda Lee Kum Kee
2. Sos Perisa Tiram
– Kandungan ekstrak tiram kurang 5%, sebab itu tak boleh dipanggil sos tiram, hanya berperisa tiram sahaja.
– Rasa tiram yang ‘mild’
– Jenama Maggie, Nona, Adabi, Taste-me
3. Sos Tiram Premium
– Kandungan ekstrak tiram 40%
– Rasa tiram yang sangat padu
– Jenama Premium Lee Kum Kee (ibu dan anak dalam sampan)
4. Sos Tiram Tiruan Sayuran
– Tiada langsung ekstrak tiram dan digantikan dengan serbuk cendawan (1%) serta perasa sahaja.
– Sebab itu sesuai untuk Vegetarian
– Jenama Sos Berperisa Tiram Sayuran Lee Kum Kee, Taste-Me
5. Sos Berperisa Tiram Ekonomi
– Kandungan ekstrak tiram yang sangat sedikit atau tiada langsung, sekadar perasa dan kicap serta pemekat sahaja.
– Harga sangat murah dan dijual dalam tong 3 atau 5 kg.
– Jenama Puteri, Emos, HTH
Satu lagi, tentu ramai yang akan bertanya tentang status HALAL sos tiram ini.
Sebaiknya selain baca tentang kandungan atau bahan yang digunakan, tengok lah sekali cop halal.
Bahan-bahan memasak seperti lengkuas, kunyit, halia dan serai sememangnya digunakan setiap hari dalam masakan namun bukanlah dalam kuantiti yang terlalu banyak. Jika disimpan lama, ia akan menjadi kecut dan kurang enak untuk dimasukkan ke dalam masakan. Dah membazir kan? Jom cuba petua bagi mengekalkan kesegaran serai, halia, lengkuas dan kunyit perkongsian dari saudari Myna AR ini. Semoga bermanfaat!
BAHAN-BAHAN:
CARA-CARA:
1. Bersihkan bahan-bahan masakan diatas. Kemudian masukkan ke dalam bekas.
2. Masukkan air bersih dengan secukupnya. Tutup bekas.
3. Simpan di dalam peti ais. Tukar air dua minggu sekali. Hasilnya, bahan masakan anda akan kekal segar dalam tempoh masa yang lama.
Kredit gambar & petua: Myra AR via Masak Apa Hari Ni.. (MAHN)
Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download
sekarang!
Serai memang banyak kegunaan untuk masakan. Malah ramai kalangan kita yang menanam sendiri pokok serai ini di rumah.
Selalunya bila tuai pokok serai, kita hanya ambil bahagian batangnya untuk diguna dalam masakan sementara bahagian daunnya akan kita potong dan buang. Rugi rupanya bila dibuang.
Daun serai ini ada kegunaan tersendiri terutama untuk kesihatan dan kesegaran tubuh badan. Menurut Hasmie Harun daun serai yang dipotong ini boleh dikeringkan dan dibuat air rebusan untuk mandian herba yang menyegarkan tubuh. Caranya turut dikongsi oleh beliau.
Daun serai jangan dibuang. Kalau ada sauna atau yang rajin mandi daun herba mahupun bertangas boleh guna kembali daun serai yang dipotong ini. Caranya;
2. Simpul daun serai seperti gambar kemudian keringkan di bawah matahari (daun serai kena keringkan untuk hilangkan ‘miang’ daun).
3. Bila sudah kering simpan dalam peti ais. Bila nak guna untuk mandi herba, ambil seikat dan rebus (boleh juga rebus sekali dengan daun pandan untuk lebih wangi)
4. Bila letak dalam peti ais, bau pun harum saja. Daun serai yang disimpan begini boleh tahan berbulan-bulan lamanya.
Info ekstra
Daun serai yang dipotong ini juga boleh dibuat sungkupan. Potong-potong dan letak atas batas tanaman untuk lembapkan tanah dan bila hancur boleh jadi baja.
Bubur Lambuk Rewang Abang Bomba 2026 mencipta sejarah apabila 16,000 pek bubur lambuk berjaya diagihkan di Dataran Merdeka, sekali gus menerima pengiktirafan Malaysia Book of Records.