Rendang kerang ini memang ramai peminat cuma tak ramai rajin buat bila mengenangkan nak kopek kerang. Tapi kan kerang siap kupas dah ada, beli saja!
Rendang kerang ini makan dengan nasi impit dan lemang memang ngam. Lagipun dah banyak makan rendang ayam dan daging kan, jadi kita tukar pula selera. Caranya boleh ikut resipi perkongsian Zamaira Yunus.
Cara buat rendang kerang sedap
Bahan-bahan
1 kg isi kerang
5 ulas bawang merah*
1 ulas bawang besar*
3 ulas bawang putih*
Halia sebesar ibu jari*
Lengkuas sebesar ibu jari*
4 ulas kunyit hidup*
2 biji buah keras*
10 tangkas cili api*
Segenggam cili kering*
2 batang serai*
1 batang serai -diketuk
2 keping asam keping
6 helai daun kunyit
2 bungkus kerisik (beli siap)
1 kotak kecil santan segera
Gula melaka(jika ada)
Ads
Cara membuat
1. Cuci kerang sehingga bersih dan lalukan sekali dengan air panas. Toskan sebentar.
2. Kisar kesemua bahan yang bertanda *
Ads
3. Tumiskan bahan yang telah dikisar dan serai yang diketuk. Tumis sehingga betul-betul naik minyak. Tumis kena lama menggunakan api yang perlahan.
4. Bila tumisan sudah terbit minyak, masukkan gula Melaka, asam keping dan santan. Tumis lagi sehingga betul-betul pecah minyak.
5. Kemudian, masuk kan kerisik dan kerang. Kacau dengan api sederhana besar.
Ads
6. Bila rendang nampak agak kering perasakan dengan garam, gula dan perasa tambahan (terpulang pada cita rasa).
7. Hiriskan daun kunyit dan taburkan di atas rendang.
8. Tutup api bila rendang sudah masak dan bolehlah dihidangkan.
Menikmati sajian kegemaran dikala berbuka memang membuka selera. Dari rasa letih dan tak bermaya, nampak sajian ‘favourite’ depan mata, terus rasa tak sabar nak merasa.
Begitu jugalah dengan pasangan selebriti Alif Aziz dan isterinya Bella Astillah. Masing-masing berpakat menyediakan makanan kegemaran untuk berbuka.
Rupanya Alif Aziz ni suka makan menu Udang Masak Lemak Cili Api. Nasib baik sang isteri pandai memasak. Bolehlah sajikan menu ni. Nampak mudah dan sedap kan? Masak pula guna udang segar. Wah…Lagilah padu rasanya.
Bella pula tidak berapa gemarkan makanan manis. Tapi manisan yang satu ni, beliau suka. Hanya dengan menggunakan buah campuran dalam tin bersama beberapa bahan ringkas yang lain, dah boleh hasilkan sajian pencuci mulut yang sangat sedap. Bulan puasa begini, aneka sajian manis dan sejuk, semua nampak memikat.
Anda pun sudah tak sabar nak cuba? Jom lihat bahan-bahan yang diperlukan.
UDANG MASAK LEMAK CILI API
BAHAN-BAHAN:
500gm udang
1 mangkuk santan
1 batang serai – dititik
1 keping asam gelugur
1 helai daun kunyit
Air secukupnya
BAHAN KISAR:
2-3 biji bawang merah
1-2 ulas bawang putih
1 inci kunyit hidup
6-7 biji cili padi
CARA MEMASAK:
Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi.
Kemudian masukkan serai. Tumis lagi hingga masak sekata.
Tambahkan asam gelugur diikuti air dan juga santan. Kacau hingga sebati. Pastikan kuah sentiasa dikacau bagi mengelakkan santan berketul.
Masukkan udang yang telah dibersihkan.
Bila udang separuh masak, masukkan daun kunyit.
Perasakan dengan garam serta gula dengan secukupnya. Biarkan mendidih.
Angkat dan sedia untuk dinikmati.
FRUIT COCKTAIL
BAHAN-BAHAN:
1 tin buah – buahan dalam tin – toskan airnya
4-5 sudu makan isi jagung manis
1 tin susu cair
Susu pekat manis secukupnya
CARA MEMASAK:
Masukkan buah-buahan dalam tin dan jagung ke dalam mangkuk besar.
Tambahkan susu cair dan juga susu pekat manis. Kacau hingga sebati.
Tambahkan ais dengan secukupnya.
Sedia untuk dinikmati.
LG PuriCare™ Saiz Sempurna Jimat Ruang Dan Mudah Dipasang
Kita mungkin selalu keliru apabila melihat yang yang jernih menganggap air itu sudah cukup bersih. Kalau buka paip kira rasa ia tidak ada apa-apa kekotoran tetapi hakikatnya tidak begitu apa lagi jika ia datangnya dari tangki.
Memang bahaya kalau kita minum atau masak menggunakan air yang tidak bersih ini. Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini dapat mengatasi masalah seperti ini. Nak memasak pun tak perlu ragu-ragu dan minum boleh ambil terus tanpa perlu rasa ragu. Mempunyai 3-Tahap Sistem Penapisan dan 3 Pilihan Suhu Air (panas, sejuk dan bilik) sememangnya lengkap untuk keperluan seisi keluarga terutama jika mahu menikmati minuman yang berbeza.
Untuk memastikan seisi rumah sentiasa mendapat bekalan minuman yang tulen, segar lagi bersih, Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD ini juga dilengkapi dengan Total Care Service yang menawarkan pertukaran paip dalaman tahunan serta perkhidmatan produk untuk setiap 3 bulan. Inilah kelebihan Penulen Air Tanpa Tangki LG PuriCare™ 4-WARD yang memberikan ia banyak keistimewaan.
TONTON RASA NOSTALGIA RAMADAN SEPANJANG BULAN RAMADAN INI
Rasa Nostalgia Ramadan Musim Ketiga kembali memeriahkan suasana di sepanjang bulan Ramadan ini.
Menampilkan 23 orang selebriti terkenal tanah air yang akan berkongsi resipi-resipi nostalgia yang dimasak bersama orang tersayang, rakan baik atau keluarga terdekat, pastikan sangat mengujakan. Maklumlah aksi begini jarang dikongsi kepada umum. Memang mengujakan!
Jadi jangan lupa tonton rancangan ini setiap Isnin hingga Jumaat bermula 12 April 2021 pada jam 7 malam di Astro Prima.
Secara eksklusif Majalah Rasa terpilih menyertai sesi memasak bersama Chef Jeff Ramsey, Chef Berbintang Michelin Tokyo yang juga Pengasas JAPAS, restoran Jepun yang mewah di ibukota.
Sesi memasak ini, dibawakan oleh Hamadaya, jenama sos Jepun premium yang diperakui Halal. Chef Jeff mencipta resipi eksklusif dengan sos premium Hamadaya. Ini akan menjadi peluang interaktif secara eksklusif buat media untuk melihat secara dekat demo masakan ringkas dan sememangkan lazat oleh chef ini.
Tidak mengambil masa yang lama untuk menyediakan dua resipi ringkas ini iaitu Ahi Poke With Hamadaya Shoyo dan Olive Oil Marinated Oysters.
Buat yang ingin mencuba dikongsikan resipi membuatnya.
AHI POKE WITH HAMADAYA SHOYU
BAHAN-BAHAN:
¾ cawan tuna, dipotong kiub 1.5×1.5cm
1.5 sudu besar bawang
1 sudu besar Ogo nori
½ sudu besar Roast Sesame Seeds
2 sudu teh minyak bijan
2 sudu teh Hamadaya Japanese Seasoned Soy Sauce
1 sudu teh Shichimi Togarashi
2 sudu teh daun bawang-dicincang
2 sudu besar Kizami Nori
Cara membuat:
Campurkan ke semua bahan di dalam mangkuk dan biarkan sebati lebih kurang 5 minit.
Penyediaan:
Letakkan satu cawan nasi atau sushi rice dalam mangkuk dan letakkan di atasnya Ahi Poke.
OLIVE OIL MARINATED OYSTERS
BAHAN-BAHAN:
15 butir tiram
1 sudu teh Hamadaya Japanese Oyster Essence Sauce
½ sudu teh Hamadaya Reduced Salt Soy Sauce
1 labu bawang putih-diketuk
1 helai daun salam
1 cm cili kering
½ cawan Extra Virgin Olive Oil
1 tangkai Thyme
4 biji ketumbar
Cara memasak:
Bilas tiram dalam 2% air garam sebanyak 3 kali.
Toskan dan keringkan dengan tisu.
Goreng tiram dengan api besar dengan sedikit minyak zaitun sehingga gebu dan banyak air yang keluar.
Toskan air keluar. kecilkan api ke sederhana dan masukkan bawang putih,thyme,biji ketumbar dan sos tiram.
Masak seketika selama 1 minit dan tutup api. Jangan terlalu masak
Pindahkan ke balang yang disterilkan dan kemudian isi balang dengan lebih banyak minyak zaitun sehingga ia menutupi tiram sepenuhnya.
Letakkan penutup dengan ketat dan simpan di dalam chiller selama seminggu.
* tiram ini akan siap dalam masa beberapa hari. 1 minggu diperap adalah disyorkan dan boleh disimpan sehingga 2 minggu. Sedap dimakan bersama baguette panggang, pasta , hidangan tumis atau nikmatinya dalam omelet.
Seafood antara menu yang mudah dimasak dan tidak perlu lama menyediakannya. Contohnya Ketam Mentega ini satu menu yang mudah, ringkas dan sangat sedap dan tak rugi mencubanya dan hasilnya tidak akan mengecewakan anda sekeluarga kerana rasanya yang lemak berkrim, sedikit pedas dari hirisan cili padi dan kaya dengan aroma daun kari sudah cukup membuatnya menjadi menu kesukaan keluarga anda. Ini resipinya ye.
KETAM MENTEGA BAHAN-BAHAN:
2 ekor ketam (500gm) | potong dua
2 sudu makan mentega
5 biji cili padi | belah dua
3 tangkai daun kari | lurut dari tangkainya
250 ml susu cair
2 sudu makan gula
1 sudu makan tepung jagung
Garam secukup rasa
CARA MEMASAK:
Panaskan mentega, kemudian masukkan cili padi dan daun kari, goreng hingga wangi.
Masukkan ketam, gaul sebati dan tutup periuk atau kuali seketika.
Seterusnya masukkan susu cair, garam dan gula secukup rasa. Kacau lagi kemudian tutup seketika.
Resipi kek mentega sedap & mudah. 15 variasi moden (pandan, strawberi, lemon, nenas, marble, oreo & banyak lagi). Ikut langkah satu per satu, confirm jadi!