Tip Buat Pencicah Air Asam Sedap Menyengat. Gaul Macam Ni, Baru Padu!

Share

Hidangan pencicah air asam ni memang sedap. Hanya menggunakan bahan yang ‘basic’, tapi hasilnya memang membuka selera. Pedas dan masam. Fuhhh… Kalau makan dengan ikan, daging bakar atau terung bakar memang sedap. Malah kalau cicah dengan aneka lauk pauk rebus pun sesuai. Terasa nak makan air asam? Ha… Jom kita tengok resipi perkongsian saudari Ameera yang mudah ni. Memang sedap.

 

RESIPI PENCICAH AIR ASAM SEDAP MENYENGAT. TAMBAH 2 BAHAN NI & GAUL, BARU TERANGKAT!

BAHAN-BAHAN:
10 biji cili padi – hiris nipis
2 biji cili merah – hiris nipis


1 biji tomato – hiris nipis
1 biji bawang besar – hiris nipis beli online disini
1/2 keping asam jawa biji beli online disini
Belacan secukupnya beli online disini
1 cawan air suam
Sedikit garam
2 sudu makan gula beli online disini
1 sudu makan sos tomato beli online disini
1 sudu makan sos cili beli online disini

CARA MEMASAK:

1. Hiris nipis cili padi, cili merah, tomato dan bawan besar.


2. Sukatan asam jawa biji. Ambil separuh begini. Pakai asam jawa biji ni bila buat air asam dia punya kick memang padu dan lebih sedap.


3. Belacan besar ni ye. Kalau nak kurangkan pun boleh. Ikut cita rasa.


4. Masukkan 1 cawan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa. Ramas hingga larut asamnya.


5. Campurkan semua bahan hiris ke dalam mangkuk.


6. Tambahkan sedikit garam. Jangan banyak, nanti masin.


7. Masukkan juga gula supaya air asam nanti ada rasa manis, masam dan pedas yang seimbang.


8. Ambil belacan tadi dan tenyeh hingga hancur.


9. Seterusnya masukkan sos tomato dan sos cili.


10. Tapis air asam jawa tadi dan masukkan ke dalam mangkuk.


11. Gaul semua bahan hingga sebati. Tip untuk jadikan pencicah air asam lebih sedap ialah gaul bahan berulang kali menggunakan tangan sambil disertakan dengan berselawat.


12. Pencicah Air Asam enak siap untuk dihidangkan.


13. Sesuai dihidangkan bersama ikan kukus, ikan bakar, ulam-ulaman dan sebagainya.

Kredit resipi & foto: Ameera

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN