Makan

Tip Buat Nasi Ayam Yang Gebu, Harum Semerbak Baunya. Makan Nasi Saja Pun Sedap

Share

Hidangan nasi ayam antara menu yang mudah disediakan. Hanya ada nasi, ayam, sup, sos cili dan kicap. Namun rahsia kesedapan dah tentulah pada nasinya.

Kena ada bau harum dan nasinya gebu, barulah dikatakan enak. Nak dapatkan nasi ayam yang sebegini memang ada cara memasaknya. Boleh ikut resipi yang dikongsi oleh Aisyah Humaira

ini.
Nasi ayam gebu, harum & sedap

Bahan-bahan:

1 ketul butter (guna suku sahaja)
2 kiub pati ayam
4 cawan teh beras wangi/basmati
3-4 senduk besar air rebusan ayam dan air biasa secukupnya

Bahan tumis:

1 biji bawang besar – dipotong 4
3 ulas bawang putih
2 helai daun pandan disimpul
4 keping nipis hirisan halia

Cara Membuat:

1. Dalam kuali, cairkan mentega dan masukkan bahan tumis, masak hingga bawang layu. Masukkan kiub pati ayam biarkan sebati.

2. Kemudian matikan api, kekalkan kuali atas dapur gas kemudian masukkan pula beras, air rebusan ayam serta air biasa dan sukat beras sama macam biasa. Kacau sebati masaklah hingga nasi masak. Siap.

3. Kalau masak dalam periuk nasi pun caranya yang sama.

Tip nasi masak cantik:
Setelah nasi masak terus gemburkan nasi perlahan-lahan biar nasi cantik berderai.

Sumber: Artikel ini diolah daripada laman web Mingguan Wanita & Aisyah Humaira

 

IKLAN