Bila buat nasi minyak, nasi beriani atau nasi tomato hidangan acar sayur ini wajib ada. Dah tentu kita mahu menikmati acar yang sedap.
Resipi perkongsian Autumn FarahFied antara yang boleh dicuba. Tidak menggunakan cuka sesuai yang mempunyai masalah gastrik dan alahan pada cuka.
Resipi acar sayur sedap tanpa cuka
Bahan-bahan
Nanas – dipotong (cari nanas masak ranum supaya manis)
Timun – dipotong memanjang
Lobak merah -dipotong memanjang
Bawang kecil- tak perlu potong
Bawang putih – hiris nipis
Cili merah & cili hijau -dihirs memanjang
Biji sawi
Halia -dihiris
Air lemon
Sunquick
Cara membuat
1. Rendam sayur yang dipotong dengan air kunyit (pewarna Kuning), garam dan gula (ikut kuantiti sayur). Rendam dalam 10 minit, air tak perlu banyak.
Ads
2. Toskan sayur tapi airnya jangan dibuang.
3. Tumis bawang putih, halia dan biji sawi. Gaul sdan masukkn air rendaman sayur tadi. Gunakan api perlahan kerana air mengandungi gula, jika api besar cepat pekat.
4. Bila berbuih tambahkan sedikit air panas untuk cairkan kuah.
Ads
5. Masuk air lemon bersama Sunquick secukupnya. Kemudian masukkan sayur.
Gaul seketika, jangan biar lama supaya sayur tak lembik. Rasa masam manis acar supaya seimbang. Selepas cukup rasa, dan sebati tutup api.
Ads
Hidangkan Bersama nasi minyak, nasi tomato atau nasi beriani.
Tempoyak Kacau Daun Kayu memang sedap dimakan bersama nasi panas. Satu kuah pun sudah cukup. Tak perlu kuah-kuah yang lain. Berselera makan walau pun kuahnya ringkas sahaja. Kalau masih belum ada pilihan menu yang sesuai untuk hari ini, bolehlah cuba masak Tempoyak Kacau Daun Kayu ini. Boleh ikut resipi seperti yang dikongsikan oleh Zuraini Abd Rahman
RESIPI TEMPOYAK KACAU DAUN KAYU
BAHAN-BAHAN:
Daun kunyit Daun mengkudu Daun sambung nyawa Daun kaduk Daun cekur Pucuk ubi Terung pipit/belanda/rembang Serai Kunyit hidup (mesin/tumbuk) – BELI ONLINE Cili padi (mesin/tumbuk) – BELI ONLINE Isi durian manis 60% Tempoyak 40% 3 cawan air masak Garam – BELI ONLINE Serbuk bilis
CARA MEMBUAT:
1. Racik semua sayur-sayuran berdaun termasuklah serai. Masukkan semua bahan.
2. Kacaulah selama sejam lebih atau sampai kepekatan mengikut cita rasa masing-masing. Siap untuk dihidangkan.
Masakan Filipina agak ringkas dan banyak dipengaruhi dengan masakan Sepanyol dan negara jirannya yang lain seperti Malaysia dan Indonesia. Maka tak hairanlah jika hidangan-hidangan ini memenuhi citarasa orang kita. Jom cuba. Seronok juga try menu baru di hujung minggu ni.
1. TERUNG DADAR FILIPINA (TORTANG TALONG)
BAHAN-BAHAN:
2 biji terung
2 biji telur
1 biji tomato | buang biji dan dadu halus
10 biji cili padi | hiris halus
1 biji bawang besar | dadu halus
1 pokok daun bawang | hiris halus
Garam dan lada sulah secukupnya
Minyak masak secukupnya
CARA MEMASAK:
Terung dibelah dua tetapi tidak putus. Kemudian bakar hingga lembut.
Sementara itu, pecahkan telur dalam mangkuk, kemudian masukkan semua bahan hirisan, garam dan serbuk lada sulah.Kacau rata. Ketepikan.
Buang kulit terung, kemudian celupkan di dalam adunan telur.
Panaskan sedikit minyak dalam kuali leper, goreng terung yang telah dicelur dengan telur tadi.
Tuangkan lebihan telur di atas terus tadi.
Goreng hingga masak.
Hidangkan panas-panas.
INFO CHEF: Terung ini enak dihidangkan bersama sambal belacan atau sambal kicap.
2. BEEF KALDERETA
BAHAN-BAHAN:
500gm daging batang pinang | potong kiub
1/2 batang lobak merah | potong dadu besar
1 biji kentang | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala merah | potong dadu besar
1/2 biji cili benggala hijau | potong dadu besar
1 biji bawang Holland | potong dadu besar’
3 ulas bawang putih | cincang
1 kiub pati ayam
1 sudu teh empingan cili kering
1 sudu teh serbuk lada hitam
1 cawan sos tomato
Garam dan gula secukup rasa
6 sudu makan minyak masa
Air secukupnya
CARA MEMASAK:
Panaskan lebih kurang tiga sudu makan minyak masak, tumis seketika cili benggala. Angkat dan ketepikan.Diikuti dengan lobak merah dan tomato. Ketepikan
Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bawang Holland dan bawang putihhingga wangi.
Masukkan daging. Kacau hingga daging berubah warna keperangan baru masukkan sos tomato dan air.
Masukkan pati ayam dan renehkan lebih kurang satu jam dengan api perlahan. Tambah air jika perlu.
Setelah daging empuk masukkan, kentang, lobak merah dan cili benggala yang telah dimasak tadi. Tutup periuk dan biarkan seketika.
Akhir sekali masukkan empingan cili, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Tutup api dan menu sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Cara masak dan rasa masakan ini hampir sana dengan stew daging. Enak dihidangkan dengan roti.
3. KWEK KWEK
BAHAN-BAHAN:
15 biji telur puyuh | rebus dan buang kulit
Sedikit tepung ubi kayu | untuk salut telur
Minyak masak |untuk menggoreng
BAHAN BANCUHAN TEPUNG:
1 cawan tepung gandum
150ml air sejuk
Pewarna oren
Lada sulah dan garam secukup rasa
150ml air
BAHAN SOS:
2 sudu makan cuka
3 sudu makan gula merah
3 sudu makan sos tomato
3 sudu teh kicap manis
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung gandum bersama serbuk lada sulahdan garam ke dalam mangkuk. Gaul rata.
Masukkan air secukupnya. Kacau lagi.
Titikan beberapa titik perwarana oren. Kacau rata.
Sementara itu panaskan kualidan gaulkan telur dalam bekas berisi tepung ubi kayu.
Kemudian celupkan dalam adunan tepung tadidan goreng di atas api sederhana hingga garing.
Angkat dan ketepikan.
Untuk menyediakan sos, campurkan semua bahan, kacau rata.
Hidangkan sos bersama Kwek-Kwek.
INFO CHEF: Kwek-Kwek adalah makanan kudapan ringan di kalangan masyarakat Filipina. Ia juga sering dijadikan bekal untuk anak-ana sekolah di Filipina.
Tauge adalah sayur yang sangat mudah didapati dan boleh diperolehi dengan harga yang murah. Walaupun ringkas, tapi sayur ni sangat sedap dan boleh dipelbagaikan cara masakannya. Salah satu menu yang sedap ialah Tauge Tumis. Tak perlu masak lama pun. Sekejap sahaja dah siap. Ditambah pula dengan campuran aneka makanan laut, menambahkan lagi keenakan menu ni. Anda boleh cuba!
TAUGE TUMIS MAKANAN LAUT
BAHAN-BAHAN:
300gm tauge
100gm kucai
10 ekor udang saiz sederhana
2 ekor sotong saiz sederhana
2 sudu makan sos tiram
1 sudu teh sos ikan
3 ulas bawang putih | dicincang halus
Serbuk lada putih secukup rasa
1 sudu teh minyak bijan
Garam secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak dan tumis bawang utih sehingga garing.
Kemudian masukkan udang dan sotong. Masak sehingga separuh masak.
Masukkan sos tiram, sos ikan, serbuk lada putih dan minyak bijan. Gaul hingga sebati.
Akhir sekali, masukkan tauge dan kucai. Perasakan dengan garam jika perlu.
Info chef: Elakkan memasak tauge dengan terlalu lama kerana ia akan menjadi lembik dan kurang enak.
Santan cepat basi? Ketahui rahsia santan tahan lama dengan petua mudah. Dari pemilihan kelapa, teknik perahan, hingga cara simpan santan agar masakan kekal segar & berlemak!