Tiada Lagi Aksi ‘Grandpa Kitchen’ Memasak. Kehilangannya Ditangisi Dunia.

Share

Bagi para peminat rancangan masakan, pastinya pernah menonton dan mengenali atok ini yang popular menerusi channel Youtube ‘ Grandpa Kitchen ‘kan? Dalam video-videonya, beliau banyak memasak hidangan dalam jumlah yang besar untuk sajian anak-anak yatim yang memerlukan.

Sifat pemurah serta aksinya yang bersahaja ketika memasak menggunakan dapur kayu menarik minat seluruh dunia sehinggakan channel Grandpa Kitchen berjaya mengumpul lebih dari 6 juta pengikut.

Namun, para peminat tidak dapat lagi menonton aksi Grandpa atau nama sebenarnya Narayana Reddy

dari Telangana, India kerana beliau dilaporkan telah meninggal dunia. Menerusi video yang dimuatnaik pada 30 Oktober 2019, Grandpa dinyatakan telah meninggal dunia pada 27 Oktober 2019 di usia 73 tahun.

 

Kehilangan Youtuber ini ditangisi para peminatnya di seluruh dunia.

Sedihnya…

Video masakannya menghiburkan peminat di seluruh dunia

Segala kebaikkan atok akan sentiasa diingati

 

 

Sumber: Twitter

IKLAN