Gabungan sempurna antara nasi dan ayam adalah seperti pinang dibelah dua. Sebagai salah sebuah restoran Halal tempatan kegemaran di Malaysia, The Chicken Rice Shop (TCRS) menjemput semua untuk menikmati hidangan ayam dan nasi kegemaran rakyat Malaysia bernilai ‘RM 22 untuk 2 orang’, selain daripada tawaran menarik lain sempena Ulang Tahun ke-22.
Sempena 22 tahun gabungan sempurna ‘Nasi’ dan ‘Ayam’, TCRS menawarkan hidangan untuk 2 orang pada harga RM22, bersama-sama dengan promosi best-for-value mingguan yang boleh ditebus secara eksklusif mulai hari ini hingga 7 Ogos 2022 melalui aplikasi sedapZ, program kesetiaan dan ganjaran yang tersedia di Apple App Store dan Google Play Store. Selain daripada pelbagai hidangan dan tawaran menarik yang ditawarkan setiap minggu di TCRS, pelanggan juga berpeluang memenangi 22x iPhone SE dengan perbelanjaan minimum RM22 di mana-mana cawangan TCRS.
Wong Kah Yong, Ketua Pegawai Eksekutif TCRS Restaurants Sdn Bhd berkongsi bahawa selepas lebih dua dekad menghidangkan hidangan Halal yang lazat dan berpatutan, TCRS sentiasa dalam misi untuk menghidangkan rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dengan hidangan kegemaran tempatan.
“Inisiatif seperti ini adalah cara kami untuk menunjukkan penghargaan kepada peminat setia kami. Kami tidak mungkin berada di sini pada hari ini tanpa pelanggan setia kami. Oleh itu, kami berusaha untuk terus memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan kami,”
Terkenal dengan slogan mereka ‘Chicken Rice… and More,’ TCRS juga menawarkan pelbagai pilihan hidangan tempatan yang lazat. Kekal setia pada kepercayaan mereka untuk memberi layanan yang terbaik untuk semua, TCRS terus berusaha untuk menghidangkan hidangan inovatif yang akan menggembirakan setiap pelanggan.
“Kami berbangga menjadi jenama tempatan dan kami berharap dapat memberi kembali kepada masyarakat dengan memperkenalkan hidangan tempatan yang lebih menarik dengan promosi hebat dan makanan yang berbaloi dengan harga, sambil memastikan bahawa pelanggan kami menikmati hidangan yang tidak dapat dilupakan di TCRS,” kata Encik Wong.
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi Ulang Tahun ke-22 The Chicken Rice Shop, sila layari www.thechickenriceshop.com atau laman Facebook https://www.facebook.com/thechickenriceshop/
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI