Teringin Sajian Eropah…Nikmatinya Di Urban, Hotel Istana .

Share

Anda penggemar makanan barat ? Terutamanya Eropah dan Mediteranean, Urban ada tersedia menu dan hidangannya. Makan dalam suasana romantis dan jika anda pandai bermain piano boleh lah ditambah dengan iringan muzik dari piano yang disediakan, ohh sangat mengasyikkan.

Memasuki ruang makan Urban, di Hotel Istana tampak begitu indah dekorasi dalamannya. Hiasan dinding, penataan cahaya, hiasan meja dengan lilin memang nyaman sekali. Konsep makanannya pula adalah sajian Eropah Kontemporari iaitu menggunakan ramuan mentah yang segar diimport dengan campuran bahan ramuan tempatan.

Ada suntikan rasa tempatan yang diberikan kepada setiap hidangannya walaupun menunya adalah dari negara barat. Di sini terdapat hidangan ‘appetizer’ sebanyak 10 menu, sajian utama 16 dan bagi sajian pencuci mulut disediakan sebanyak 11 pilihan.Semasa min berkunjung ke sini Chef Sharusmizal bin Mohamed Salleh dan pasukan Chef di bawahnya menyediakan tiga istimewa untuk lensa foto RASA.

Tiga Sajian yang disediakan adalah Pasta Udang Galah Bolognese, Steak Surf & Turf dan hidangan Norwegian Salmon. “Menu yang paling popular di sini adalah sajian dari Perancis, Itali dan negara-negara Mediterranean yang lain. Bahan yang kami gunakan adalah bahan segar dari luar negara. Contohnya dalam sajian Norwegian Salmon, kami tidak menggunakan produk sejuk beku, tetapi diimport segar dari Norway.

Norwegian Salmon
Steak Surf & Turf

 

Daging pula dari Australia dan sayur-sayuran segar digunakan seperti asparagus yang diimport dari Australia. Steak yang anda lihat sekarang ni adalah dari bahagian batang pinang dan didatangkan khas dari Australia. Daging berjus dan dimasak dengan teknik terbaik mencipta rasa yang sungguh lazat.

Tapi rasanya diolah semula dengan citarasa tempatan tanpa meninggalkan ciri khas sajian barat yang asal, sebab itulah kami nyatakan sebagai sajian kontemporari Eropah dengan gelarkan suntikan Asia,” jelas Chef Sharusmizal yang lebih mesra dikenali sebagai Chef Bouy.

Di samping bahan import, ada juga ramuan tempatan seperti laici, buah kedondong, bunga ‘edible’ boleh dimakan untuk menghasilkan sajian yang mempunyai sentuhan tempatan. Ada juga buah-buah dan sayur-sayuran yang didatangkan khas dari Cameron Highland.

Di samping tiga menu tadi di Urban juga menyediakan sajian dari Wagyu Beef iaitu daging lembu berkualiti tinggi yang terkenal di seluruh dunia, sajian Foie Gras iaitu sajian hati itik yang terkenal dari Perancis di samping pelbagai lagi sajian yang cukup menyelerakan dengan gaya hiasan yang sungguh menarik.

Foie Gras, Hati Itik

Jangan lupa sudahi sajian dengan menu pencuci mulutnya seperti Apple Tart dan Eclaire, memang ummph lah rasanya pasti ‘terangkat’. Dan pelbagai lagi pencuci mulut manis, berperisa dan berkrim.

Apple Tart
Eclaire

Hah, jejaka tampan berhemah ni Penolong Pengurus @ Urban Supervisor Restaurant Muhd Juhaini Sulaiman yang sedia bertugas demi kelancaran sajian dan keselesaan buat pengunjung.

Nak tahu apa lagi keistimewaan sajian di sini,ya dalam setahun dua kali menunya akan ditukar. Jadi pengunjung dapat merasai dan menerokai kepelbagaian menu Eropah dan Barat.

Pasta Udang Galah

Restoran ‘fine dining’ Urban ini beroperasi dari jam 12.00 tengahari ke 2.30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat, Sabtu 6.30 hingga 10.30 malam kecuali Ahad dan Cuti Umum pula ia ditutup.

Urban juga mengambil tempahan untuk majlis dan acara keraian seperti Majlis Ulang Tahun Perkahwinan, Majlis Korporat Perasmian Produk, Hari Jadi , Cocktail dan apa jua majlis yang anda ingin raikan tanpa mengira hari termasuklah jika majlis berlangsung pada hari Ahad.

Jadi, apa tunggu lagi cuti panjang sampai Hari Krismas ni bawalah ahli keluarga tersayang ke tempat makan yang istimewa ini. Pastinya ia meninggalkan kenangan indah buat anda sekeluarga. Jomm…

IKLAN