Teringin Makan Menu Streatfood Thai, Masak Je Sendiri Puas Hati.

Share

Thailand memang terkenal sebagai surga makan yang lazat, gabungan rasa masam, manis dan pedas dalam kebanyakan menu jalanan. Memang patutlah kalau negara Thai ini dikatakan syurga makanan, korang yang tak berkesempatan ke Thai, Ini antara menu streatfoodnya yang popular Rasa kongsikan untuk korang semua cuba masak sendiri.


PAD GRA PROW (THAI BASIL BEEF)
BAHAN-BAHAN:

  • 150gm daging | hiris nipis & gaul dengan 1 sudu teh minyak dan 2 sudu teh tepung jagung
  • 4 ulas bawang putih | cincang halus
  • Sedikit hirisan cili benggala
  • 1/2 biji bawang besar | hiris
  • 1 sudu teh kicap cair
  • 1 sudu teh kicap pekat
  • 1 sudu teh sos tiram
  • 1 sudu teh gula
  • 1 sudu makan sos ikan
  • 1 cawan daun selasih Thai
  • Sedikit daun ketumbar | untuk hiasan
  • Sedikit minyak untuk menumis

CARA MEMASAK:


1. Panaskan minyak dalam kuali, tumiskan daging hingga berubah warna. Keluarkan dan ketepikan.
2. Masukkan sedikit minyak lagi, kemudian tumiskan bawang putih dengan cili benggala.
3. Kacau seketika, masukkan pula bawang besar.
4, Tumis hingga wangi dan bawang layu.
5. Masukkan semula daging, diikuti kicap, kicap pekat, sos tiram, sos ikan dan gula.
6. Apabila bahan sos sebati dengan daging, masukkan daun selasih.
7. Gaul lagi hingga daun selasih layu.
8. Tutup api dan daging sedia dihidangkan dengan nasi putih.


HOR MOK PLA (THAI CURRY FISH CUSTARD
BAHAN-BAHAN:

  • 200 gram isi ikan tenggiri
  • 1 sudu makan pes kari merah
  • 150 gm santan
  • 2 sudu teh sos ikan
  • 1 sudu teh gula
  • 1 biji telur
  • 3-5 helai daun limau purut | hiris nipis
  • 10-15 helai daun selasih Thai
  • 1 biji cili merah |untuk hiasan
  • Daun pisang | untuk mangkuk

CARA MEMASAK:
1. Masukkan isi ikan tenggiri, telur, pes kari merah, sos ikan, gula dan santan dalam bekas.
2. Kacau rata dan sebati.
3. Seterusnya masukkan hirisan daun selasih dan sedikit daun limau purut di tapak mangkuk daun pisang.
4. Masukkan isi ikan yang telah digaul sebati sehingga 3/4 mangkuk.
5. Kukus selama 10-15 minit.
6. Sebelum hidang letak sedikit baki santan di atas permukaan Horm Mok Pla dan hias dengan sedikit hirisan daun limau purut dan cili merah di atasnya.


KAO MOK GAI (NASI BRIANI THAI)
BAHAN-BAHAN:

REMPAH RATUS (DI KISAR):

  • 2 sudu teh serbuk kari ayam/daging
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • 1 sudu teh serbuk ketumbar
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan putih
  • 1/2 sudu teh serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
  • 1 sudu teh garam
  • 1 sudu teh gula

NASI:

  • 5 cawan beras basmathi | rendam 30 minit kemudian tos
  • 4 sudu makan minyak sapi
  • 4-5 ulas bawang merah | hiris
  • 3 cm halia| hiris
  • 4 ulas bawang putih | hiris
  • 3 batang akar ketumbar
  • 2-3 sudu makan rempah Kao Mok Gai
  • 200ml susu cair
  • 1 ekor ayam | potong lapan
  • 8 cawan air
  • garam secukup rasa

BAHAN REMPAH PENUMIS:

  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 bunga lawang
  • 3 biji pelaga
  • 4 biji bunga cengkih

CARA MEMASAK:
1. Cuci ayam dan toskan dan ketepikan.
2. Panaskan minyak sapi dengan api perlahan.
4. Tumiskan bahan rampah penumis bersama bahan hirisan hingga wangi.
5. Masukkan rempah Kao Mok Gai dan terus kaca, setelah garing masukkan akar ketumbar dan air.
6. Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Tutup api dan angkat ayam kemudian toskannya.
8. Gaulkan ayam dengan satu sudu remah Kao Mok Gai, sedikit serbuk kunyit dan garam. Gaul rata dan perapkan seketika.
9. Sementara itu sediakan nasi, Masukkan tujuh caawan air rebusan ayam dalam periuk elektrik bersama susu cair, apabila mendidih , perasakan dengan garam secukupnya sebelum dimasukkan beras yang teah ditoskan tadi.
10. Tutup periuk dan biarkan nasi masak seperti biasa.
11. Sementara nasi masak, panaskan minyak dalam kuali, kemudian goreng ayam yang telah diperap tadi menggunakan api sederhana.
12. Setelah garing angkat dan hidang bersama nasi Kao Mok Gai bersama hirisan timun, tomato dan sos cili Thai.

IKLAN