Pernah rasa asam pedas ikan dan daging tetelkan? Tapi kali ini RASA bawakan Asam Pedas yang disediakan oleh  Hotel Armada, Petaling Jaya, Selangor   yang memang terkenal dengan keenakan  menu-menu tradisionalnya.  Bak kata penggemar masakannya selain kari Kepala Ikan  Asan Pedas Ekor adalah yang terbaik di sini. Tapi kalau anda nak cuba, resipinya boleh je buat sendiri berpandukan resipi yang dikongsikan oleh chefnya.

ASAM PEDAS  EKOR LEMBU

BAHAN-BAHAN:

IKLAN
  • 1kg ekor lembu yang telah dipotong | rebus hingga empuk
  • 250ml air asam Jawa
  • 150gm pes cili kering
  • 5 tangkai daun kesum  | asingkan dari batangnya
  • 1 batang bunga kantan | belah empat
  • 1 sudu teh serbuk lada hitam
  • Garam, gula dan perasa secukupnya
  • 200ml minyak masak untuk menumis

BAHAN KISAR:

IKLAN
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 2cm halia muda
  • 2cm lengkuas
  • 10 biji cili padi

 CARA MEMASAK:

IKLAN
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan kisar hingga wangi.
  2. Masukkan pes cili dan serbuk lada hitam. Kacau lagi hingga pecah minyak.
  3. Seterusnya air asam Jawa, bunga kantan dan daun kesum.
  4. Kemudian masukkan ekor yang telah direbus.
  5. Perasakan dengan garam, gula dan serbuk perasa secukupnya.
  6. Kecilkan api biarkan mereneh lebih kurang lima minit lagi (pastikan kuah tidak terlalu cair atau pekat)
  7. Tutup api dan boleh dihidang.

 

Tak tahu nak masak apa? Lubuk resipi RASA kini di SEENI, tak perlu susah lagi.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI