Tengah Musim Durian Ni, Jom ‘Meriahkan’ Selera Dengan Lempuk.

Share

Yeayyy…sekarang durian tengah musim ni. Kalau ada durian berbaki atau buah yang tak sempurna, isinya jangan dibuang tau. Boleh buat lempuk durian.

Bila musim durian ni bermacam juadah berasaskan durian yang boleh dibuat.Lempuk ni ramuannya mudah sangat, isi durian tu dimasak bersama gula atau nisan sehingga sebati. Ada juga yang memasukkan sedikit santan, kalau tak ada pun tak apa. Ada juga yang sila menggunakan gula melaka atau gula kerek, pokoknya masak hingga pekat dan kerap kacau.

Lempuk yang sempurna dimasak, (agak kering) boleh disimpan agak lama. Ia boleh dimakan begitu sahaja atau bersama roti.

LEMPUK HOMEMADE



.

BAHAN-BAHAN:
.

  • 15 biji durian – ambil isinya sahaja
  • Gula secukup rasa – agak2 ikut manis yg kita nak

CARA MEMASAK:
1. Masukkan kedua2 bhn kedalam kuali dan kacau dgn api perlahan.
2. Sentiasa kacau ye, kalau tak nnt dia hangit kat bahagian bawah tu.


.

3. Kacau hingga durian dah bertukar warna kecoklatan dan likat, maknanya berat bila dikacau..


4. Bubuh dalam bekas dan sejukkan..

5. Lempuk ni akan tahan lebih lama kalau simpan dlm freezer..

Kongsi resipi: intaidapur
Liza @ ID

ANDA INGINKAN PERKAKAS DAPUR YANG MEMUDAHKAN KERJA MEMASAK DI DAPUR, JOM BELI CARA ON LINE DENGAN MELAYARINYA DI SINI.

ANDA JUGA MUNGKIN MENYUKAI RESIPI INI :

DAN JUGA RESIPI INI :

https://www.rasa.my/bingka-durian-lemak-manis-gerenti-habis-seloyang/

IKLAN