Makan

Tempe Tumis Sambal, Menu Ringkas Yang Menyelerakan!

Share

Tempe Tumis Sambal lauk simple yang menyelerakan. Makan lauk macam ni sahaja pun boleh buat makan nasi bertambah.

Menu ringkas yang tak perlukan banyak bahan. Tak perlu lauk lain makan macam ni ada kicap pun dah cukup.

Resipi lengkap telah dikongsikan oleh D Suraya Osman. Bahan yang digunakan untuk lauk ini sangat sedikit dan mudah dicari di kedai runcit berdekatan.

Tempe Sambal Tumis

BAHAN-BAHAN: (Dikisar)

3 ulas bawang merah / 1/2 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

3 biji cili api merah

2 biji cili merah

CARA PENYEDIAAN:

  1. Goreng tempe sehingga separuh masak.
  2. Tumis bahan kisar dan masukkan ke dalam kuali.
  3. Masukkan tempe yang telah digoreng separuh masak.
  4. Perasakan dengan gula,garam dan perasa.
  5. Masak sehingga garing atau mengikut selera.

Dapatkan pelbagai resipi terkini yang mudah & enak di laman web RASA

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Dailymotion @Rasa & Youtube @Majalah Rasa Official

IKLAN