Telur tumis bawang ini dikatakan berasal dari negara seberang. Sajiannya cukup mudah, sesuai kala tekak terasa mahu hidangan yang ringkas tapi sedap. Dijamin berselera makan.
Selain itu ia juga boleh dikatakan menu jimat kos kerana bahan-bahannya cukup murah dan sedia ada di dapur.
Cara buat telur tumis bawang
Ads
Bahan kisar
6 biji lada merah besar
3 ulas bawang putih
Cili padi (jika suka pedas)
Bahan-bahan lain
5-6 ulas bawang merah kecil
5 biji telur
3 sudu besar ikan bilis -digoreng garing
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Marjerin
Cara memasak telur tumis bawang
1. Cairkan marjerin secukupnya dan tumis bawang (tak perlu hiris) bersama bahan kisar hingga layu.
2. Masukkan telur, garam, gula dan serbuk lada sulah lalu kacau perlahan-lahan hingga masak.
3. Matikan api ,masukkan bilis yang telah digoreng garing. Kacau rata. Siap.
Ads
4. Hidangkan bersama dengan nasi panas.
INFO: Boleh juga guna cili oil
Tip pilih telur
Memandangkan resipi ini menggunakan banyak telur, penting untuk memastikan semua telur yang digunakan dalam keadaan elok untuk dimakan dan tidak busuk. Kita boleh mengenalpasti telur yang tidak elok dengan cara berikut;
Ads
Masukkan telur dalam bekas berisi air dan lihat tindak balasnya.
Jika telur yang dimasukkan dalam air terapung dipermukaan itu tandanya telur sudah lama dan busuk. Biasanya telur ni turut dipenuhi bintik hitam. Buang terus telur ini.
Kalau nak makan sesuatu yang pedas untuk berbuka puasa, apa kata masak sambal tumis petai dan dicampur dengan telur puyuh. RASA nak kongsikan resipi berasaskan telur puyuh. Kalau dimasak sambal, memang sedap. Tambah kalau ada petai. Perghhh. Tak terkata sedapnya. Peminat petai mesti suka lauk macam ni.
TELUR PUYUH SAMBAL PETAI BERSANTAN
BAHAN-BAHAN
10 biji telur puyuh (rebus, kupas dan goreng)
Minyak masak secukupnya
5 biji bawang merah (kisar)
2 ulas bawang putih (kisar)
2 sudu makan cili (kisar)
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit air
Sedikit asam jawa
4 sudu makan santan pekat
10 ulas petai (buang kulit)
CARA MEMBUAT
1. Panaskan minyak di dalam kuali. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili kisar. Tumis hingga terbit bau wangi.
2. Setelah naik bau, masukkan gula dan garam secukup rasa.
3. Masukkan sedikit air bersama perahan asam jawa diikuti dengan santan. Kacau perlahan hingga sebati.
4. Setelah mendidih, masukkan telur puyuh yang sudah siap direbus, dikupas dan digoreng tadi.
5. Akhir sekali, masukkan petai. Kacau sekejap dan angkat.
Panaskan minyak di dalam kuali. Tumiskan halba dan terus masukkan bahan kisar serta cili kering kisar. Bila cili sudah garing dan pecah minyak, masukkan air dan perahan air asam jawa. Kacau sebati.
Bila kuah mendidih, pecahkan telur masin satu persatu. Apabila telur sudah keras, masukkan daun kesum. Kacau perlahan untuk menggelakkan telur hancur. Biar ia mereneh dan perasakan dengan garam secukup rasa.
Angkat dan sedia dihidangkan.
PAIS TELUR MASIN
BAHAN-BAHAN:
2 biji telur masin
1 biji telur biasa
Sedikit hirisan daun kunyit
Daun limau purut (hiris)
Sedikit hirisan serai
2 sudu makan santan pekat
Daun pisang untuk membungkus secukupnya
CARA MEMASAK:
Sediakan daun pisang.
Pecahkan telur masin satu persatu ke dalam daun pisang.
Kemudian pecahkan dan hancurkan telur ayam biasa dan tuang ke atas telur masin tadi.
Taburkan daun kunyit, daun limau purut dan serai yang telah dihiris.
Akhir sekali, tuangkan santan pekat. Kesemua bahan jangan dikacau. Bungkus telur tersebut.
Kukus kira-kira 5 minit dan selepas itu dibakar sekitar 5 minit lagi.
Menerusi perkongsian Puan Nor Azimah Udin, resipi telur itik masin ini diperolehi dari kakak ipar beliau iaitu Puan Wan Teh Salmah. Sejak itu, beliau memang jarang sekali beli telur masin di kedai. Selain puas hati, kebersihan juga terjaga. Malah, rasa telur masin homemade ini juga lebih sedap. Bagi yang nak cuba buat telur masin homemade ni, berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan.
TELUR MASIN HOMEMADE
BAHAN-BAHAN:
30 biji telur itik
1 cawan garam
4-5 cawan air
CARA MEMASAK:
1. Telur itik dibasuh bersih dan dikeringkan.
2. Satukan garam dan air. Masak hingga mendidih dan garam larut. Sejukkan.
3. Susun telur didalam bekas yang bersesuaian. Tuang air garam yang telah sejuk ( pastikan benar-benar sejuk).
4. Biarkan pada suhu bilik selama 2-3 minggu. ( empunya resipi simpan botol berisi telur ni di dalam kabinet).
NOTA:
Air garam tidak perlu ditukar sepanjang proses pengasinan tersebut.
Setelah cukup tempoh pengasinan tu, telur boleh ditos airnya dan disimpan dalam peti sejuk. Jika biar dalam air garam terlalu lama, dibimbangi telur akan terlebih masin.
Sup kosong ini sering jadi pelengkap hidangan seperti nasi ayam kunyit, nasi goreng atau masakan panas bila makan di gerai. Walaupun namanya 'kosong', rasa...