Telur tauhu masak kicap ini sesuai sangat jadi lauk hujung bulan. Bukan saja jimat tapi juga sedap. Seisi keluarga pasti approve!
Jika kebiasaan menu telur ini kita jadikan sambal, cuba pula masak kicap ini. Digabung dengan tauhu, lauk ini memang mengenyangkan kerana kaya protein. Satu lauk ini pun dah cukup.
8 biji telur (direbus & dibuang kulit)
1-2 ketul tauhu (dipotong 6 & digoreng)
1 biji tomato (dipotong)
2 sudu besar ikan bilis (digoreng garing)
7 tangkai cili padi merah
7 tangkai cili padi hijau
1 sudu kecil perencah sup
2 sudu besar sos tiram
5–6 sudu besar kicap manis
1 sudu besar gula
1 sudu kecil serbuk perasa
½ sudu kecil serbuk kunyit
7 tangkai cili hijau
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1. Panaskan minyak, goreng telur seketika hingga luarannya sedikit garing. Angkat.
2. Goreng tauhu hingga garing, ketepikan.
3. Goreng ikan bilis hingga rangup, ketepikan.
4. Mengunakan minyak yang sama, tumis bahan kisar hingga kering.
5. Masukkan cili padi merah, cili padi hijau dan tomato, kacau rata.
6. Masukkan sos tiram, kicap manis, serbuk sup, serbuk kunyit, gula serta serbuk perasa. Gaul sebati.
7. Akhir sekali, masukkan telur rebus, tauhu dan ikan bilis yang telah digoreng. Gaul sebentar, padamkan api.
Siap untuk dihidangkan!
Kredit Resipi & Foto: Nurul Ateekah
Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA