Telur Dadar Kentang Cheese. Menu ‘favorite’ Sepanjang Masa

Share

Kalau kat rumah ada banyak stok kentang dan telur apa kata  masak Telur Kentang Cheese. Memang berkrim dan enak, anak-anak mesti suka ni. Makan gitu boleh, nak makan dengan roti pun okay jugak.

Ni min kongsikan resipi dari Aida Ismail. cubalah kejap aje buatnya

TELUR KENTANG CHEESE

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji kentang (dadu halus)
  • 1 biji bawang besar (potong kasar) – beli online DI SINI
  • 3 keping daging burger (Boleh gunakan chicken atau meat ham. Hancurkan & goreng sebentar)
  • 5 keping cheese
  • 5 biji telur
  • Sedikit garam & lada hitam – beli online DI SINI

CARA MEMASAK:

  1. Goreng kentang dan bawang dengan sedikit minyak. Goreng sampai kentang lembut dan lenyek-lenyek sampai tekstur kentang jadi macam mash potato. Tidak perlu halus sangat biar kasar-kasar sedikit.
  2. Dalam bekas yang lain pukul telur dengan garam dan sedikit lada.
  3. Masukkan kentang yang dilenyek tadi. Gaul sekata.
  4. Panaskan non stick pan dangan sedikit minyak. Masukkan separuh adunan dan susun cheese kat atas. Gunakan cheesedale
    dan mozarella.
  5. Taburkan kepingan daging burger hancur yang digoreng sebentar. Letak lagi selapis lapisan cheese.
  6. Kemudian masukkan lebihan adunan tadi untuk tutup bahagian atas.
  7. Tunggu 5 minit balikkan adunan tadi. Agak-agak dalam 7 minit sudah masak boleh angkat.

KREDIT GAMBAR & MASAKAN:Aida Ismail

 

INGIN MENCARI KUALI TAK MELEKAT YANG TERKINI, BOLEH BELI ONLINE DI SINI 

ANDA MUNGKIN JUGA TERTARIK DENGAN VIDEO MASAKAN INI :

DAN JUGA RESIPI -RESIPI INI:

https://www.rasa.my/minum-petang-berbeza-dengan-spring-roll-makaroni-berkeju/

IKLAN