Telur Goreng Lilin Snek Mudah Untuk Anak Lapar

Share

Anak-anak kalau dekat rumah, kerjanya makan je. Maknya dah buntu nak buat menu apa. Biasanya mereka tak suka makanan yang berat, mereka lebih suka menu yang simple tapi sedap! Nasib baik jumpa resipi telur goreng lilin dari Facebook Shai Anne Ahemed ni, tak sangka pula anak-anak suka! Bahan pun tak renyah. Jom kita cuba!

 

 

RESIPI TELUR GORENG LILIN

BAHAN-BAHAN:

-Sosej 6 dibelah 2 jadikan 12

-Telur 5biji

-Daun bawang(hiris halus)

-Lobak merah (potong dadu/halus) – BELI DI SINI

-Garam

-Cukup rasa maggi

-1 sudu tepung ubi (bancuh air) – BELI DI SINI

-Plastik Aiskrim

-Breadcrumbs – BELI DI SINI

 

CARA PENYEDIAAN:

1. Campurkan telur, daun bawang, lobak merah dan tepung ubi yang dah dibancuh dengan air.

2. Dah sebati, bolehlah masukkan garam dan cukup rasa maggi.

3. Masukkan sosej ke dalam plastik aiskrim dan tuangkan bancuhan tadi.

4. Ikat dan letakkan ke dalam sejuk beku.

5. Dah keras, keluarkan dari plastik dan salutkan dengan telur dan breadcrumbs jika ada.

6. Goreng dan bolehlah dihidangkan.

 

SELAMAT MENCUBA!

Kredit: Shai Anne Ahemed 

 

Dapatkan lebih banyak resipi yang mudah, sedap & cepat masak di laman web RASA:

 

Tonton lebih banyak video masakan mudah & sedap di Youtube @Majalah Rasa Official

 

IKLAN