Teknik Mudah Buat Donut Gebu Tak Perlu Uli!

Share

Teknik mendonut tanpa perlu diuli memang memudahkan kerja. Elok kembang gebu donut yang dihasilkan memang sesuai untuk ibu-ibu sibuk bekerja menyediakan donut ini. Selamat mencuba!

RESIPI DONUT GEBU TANPA ULI

BAHAN-BAHAN:

  • 1 paket yis kering
  • 2 sudu susu pekat
  • 1 cawan air suam
  • 2 sudu gula

*campurkan bahan di atas dan biarkan kembang

  • 4 cawan tepung gandum
  • 2 sudu marjerin
  • 2 sudu teh baking powder
  • 1 sudu teh garam

CARA MEMASAK:

  • ramaskan bahan2 ni hingga jadi macam serbuk roti.
  • Kemudian campurkan yis tadi dah gaul rata.

  • Biarkan selama 1 jam. Pastikan bekas ditutup ye
  • Adunan memang lembik tau tapi uolls jangan risau ye.. Jangan memandai tambah tepung tau hahahahaha

  • Lepas satu jam tumbuk2 doh tadi tuk keluarkan angin. kemudian ambil sikit untuk dicanai dan terap.. Masa ni ambil la skit tepung untuk terap acuan
  • Biarkan selama 30 minit atau sehingga donut kembang.. Lepas tu boleh goreng.

TIP: Untuk frozen, goreng sekejap je ye.

Kongsi Resepi: Che Eda

IKLAN