Teh Masala Bantu Individu Banyak Angin Dalam Badan

Share

 

Angin dalam badan memang boleh mengganggu rutin seharian. Perut rasa memulas, rasa sakit di bahagian dada dan selalu sendawa. Penceramah Pemakanan Dan Gaya Hidup Sihat, Norazizah Ruslan, memberikan resipi menghasilkan minuman yang boleh bantu mengeluarkan angin dari dalam badan. Bukan setakat itu, boleh juga mengeluarkan peluh tau.

TEH MASALA

BAHAN-BAHAN
500 ml air
1 helai daun pandan (disimpul)
1 ketul halia sebesar ibu jari kaki
10 biji buah pelaga
5 kuntum bunga cengkih
5 biji lada hitam
5 uncang teh
2 susu besar gula perang
1/2 cawan susu segar

CARA MEMBUAT
1. Rebus air bersama daun pandan, halia, pelaga, bunga cengkih dan lada hitam sehingga betul-betul mendidih.
2. Tutup api dan masukkan uncang teh. Biar terseduh 10 minit.
3. Buangkan daun pandan dan uncang teh.
4. Masukkan susu dan gula secukup rasa. Kacau sebati.
5. Sedia diminum.

KHASIATNYA: Bantu buang angin dalam badan, lancarkan darah dan mengeluarkan peluh.

IKLAN